Berikut adalah prosedur permohonan kursus:
- Menyemak senarai kursus yang ditawarkan melalui Buku ‘Program Latihan IDFR’; atau
- Meyemak senarai kursus yang disediakan melalui Sistem Permohonan Kursus (CAS)- http://cas.idfr.gov.my; dan
- Membuat permohonan kursus yang ingin diikuti melalui CAS.
Boleh, melalui alamat capaian http://cas.idfr.gov.my.
Ya, satu emel makluman/pengesahan akan dihantar secara automatik kepada Ketua Jabatan/Penyelia apabila permohonan dibuat. Pemohon perlu mengemukakan maklumat Ketua Jabatan/Penyelia dengan tepat semasa mengisi permohonan secara atas talian.
Setiap kursus Bahasa (Inggeris, Arab, Sepanyol, Perancis, Mandarin dan Melayu) anjuran institut akan dikenakan yuran seperti berikut:
Bil | Tempoh Kursus | Kadar yuran bagi sektor awam sahaja (RM) |
1. | 42 jam atau kurang | 30.00 |
2. | 42 jam - 84 jam | 50.00 |
Bayaran boleh dilaksanakan menerusi kaedah tunai semasa pendaftaran kursus.
Kursus jangka pendek adalah diantara tiga (3) hingga lima (5) hari.
Kursus jangka panjang adalah diantara dua (2) hingga empat (4) minggu, enam (6) bulan untuk Diploma in Diplomacy (DiD) dan tiga (3) semester atau 12 bulan untuk Sarjana Sains Sosial (Diplomasi dan Strategi) IDFR-UKM.
Kemudahan penginapan hanya akan diberikan kepada peserta yang beralamat pejabat luar dari kawasan Lembah Klang/Putrajaya/Cyberjaya atau Kuala Lumpur dan pada masa yang sama terdapat kekosongan bilik.
IDFR turut menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan/badan berkanun/swasta/Institut Pengajian Tinggi (IPTA) dan tenaga profesional dari orang perseorangan untuk dilantik sebagai tenaga pengajar/penceramah/fasilitator di IDFR.
Tempoh permohonan untuk sesuatu kursus akan ditutup dua (2) minggu sebelum kursus bermula.
Ya, IDFR turut menerima peserta antarabangsa bagi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), Kursus Latihan Diplomat dan Forum untuk Diplomat Muda ASEAN.