IDFR mempunyai kemudahan bertaraf dunia sekaligus menawarkan persekitaran kampus yang kondusif kepada para peserta dan pelawat yang menghadiri kursus di IDFR. Antara kemudahan yang ditawarkan adalah:

Kemudahan yang terdapat di IDFR adalah ditawarkan kepada organisasi yang berminat berdasarkan kepada kekosongan pada masa yang dikehendaki dengan kos yang bersesuaian. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi pegawai IDFR, Encik Mohd Syamsyul Arifin Md Daud (+603-2149 1023 atau MohdSyamsyul@idfr.gov.my)

IDFR yang merupakan pusat latihan Kementerian Luar Negeri telah ditubuhkan dengan tujuan bagi membekalkan latihan formal di peringkat asas, pertengahan dan tinggi kepada pegawai perkhidmatan sektor luar negeri Malaysia. Sebagai salah satu daripada 364 institusi latihan awam di Malaysia, fokus IDFR adalah kepada aspek diplomasi dan hubungan antarabangsa.

IDFR menawarkan kursus kepada semua peserta daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan budaya yang berbeza, yang memerlukan latihan sama ada dalam bidang diplomasi mahupun bahasa yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan masing-masing. Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada: training_assistant@idfr.gov.my
