logo ms

Jumaat, 12 Ogos 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Soalan Lazim - Awam

Apakah kemudahan yang terdapat di IDFR?

IDFR mempunyai kemudahan bertaraf dunia sekaligus menawarkan persekitaran kampus yang kondusif kepada para peserta dan pelawat yang menghadiri kursus di IDFR. Antara kemudahan yang ditawarkan adalah:

Adakah IDFR menerima permohonan daripada organisasi/agensi luar untuk menjalankan aktiviti menggunakan kemudahan-kemudahan di IDFR?

Kemudahan yang terdapat di IDFR adalah ditawarkan kepada organisasi yang berminat berdasarkan kepada kekosongan pada masa yang dikehendaki dengan kos yang bersesuaian. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi pegawai IDFR, Encik Mohd Syamsyul Arifin Md Daud (+603-2149 1023 atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Apakah perbezaan antara IDFR dan institusi latihan awam lain?

IDFR yang merupakan pusat latihan Kementerian Luar Negeri telah ditubuhkan dengan tujuan bagi membekalkan latihan formal di peringkat asas, pertengahan dan tinggi kepada pegawai perkhidmatan sektor luar negeri Malaysia. Sebagai salah satu daripada 364 institusi latihan awam di Malaysia, fokus IDFR adalah kepada aspek diplomasi dan hubungan antarabangsa.

Siapakah yang layak untuk memohon menjalani kursus di IDFR?

IDFR menawarkan kursus kepada semua peserta daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan budaya yang berbeza, yang memerlukan latihan sama ada dalam bidang diplomasi mahupun bahasa yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan masing-masing. Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.