logo ms

Jumaat, 12 Ogos 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Soalan Lazim - Peserta

Bagaimanakah prosedur permohonan kursus anjuran IDFR?

Berikut adalah prosedur permohonan kursus:

  1. Menyemak senarai kursus yang ditawarkan melalui Buku ‘Program Latihan IDFR’; atau
  2. Meyemak senarai kursus yang disediakan melalui Sistem Permohonan Kursus (CAS)- http://cas.idfr.gov.my; dan
  3. Membuat permohonan kursus yang ingin diikuti melalui CAS.

Bolehkah permohonan kursus dibuat secara atas talian?

Boleh, melalui alamat capaian http://cas.idfr.gov.my.

Adakah kebenaran daripada Ketua Jabatan/Penyelia diperlukan bagi permohonan secara atas talian?

Ya, satu emel makluman/pengesahan akan dihantar secara automatik kepada Ketua Jabatan/Penyelia apabila permohonan dibuat. Pemohon perlu mengemukakan maklumat Ketua Jabatan/Penyelia dengan tepat semasa mengisi permohonan secara atas talian.

Adakah kursus anjuran IDFR dikenakan sebarang bayaran?

Setiap kursus Bahasa (Inggeris, Arab, Sepanyol, Perancis, Mandarin dan Melayu) anjuran institut akan dikenakan yuran seperti berikut:

Bil  Tempoh Kursus Kadar yuran bagi sektor awam sahaja (RM)
1. 42 jam atau kurang 30.00
2. 42 jam - 84 jam 50.00

Bayaran boleh dilaksanakan menerusi kaedah tunai semasa pendaftaran kursus.

 

Berapakah tempoh masa bagi setiap sesi kursus diadakan ?

Kursus jangka pendek adalah diantara tiga (3) hingga lima (5) hari. Kursus jangka panjang adalah diantara dua (2) hingga empat (4) minggu, enam (6) bulan untuk Diploma in Diplomacy (DiD) dan tiga (3) semester atau 12 bulan untuk Sarjana Sains Sosial (Diplomasi dan Strategi) IDFR-UKM.

Adakah kemudahan penginapan disediakan untuk semua peserta kursus?

Kemudahan penginapan hanya akan diberikan kepada peserta yang beralamat pejabat luar dari kawasan Lembah Klang/Putrajaya/Cyberjaya atau Kuala Lumpur dan pada masa yang sama terdapat kekosongan bilik.

Bilakah tempoh permohonan kursus ditutup?

Tempoh permohonan untuk sesuatu kursus akan ditutup dua (2) minggu sebelum kursus bermula.

Adakah pihak IDFR turut menerima peserta dari luar negara?

Ya, IDFR turut menerima peserta antarabangsa bagi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), Kursus Latihan Diplomat dan Forum untuk Diplomat Muda ASEAN.

Adakah tenaga pengajar/penceramah/fasilitator kursus di IDFR terdiri daripada kepakaran dalaman sahaja?

IDFR turut menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan/badan berkanun/swasta/Institut Pengajian Tinggi (IPTA) dan tenaga profesional dari orang perseorangan untuk dilantik sebagai tenaga pengajar/penceramah/fasilitator di IDFR.