logo ms

Rabu, 28 September 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Lawatan T.Y.T Dr. Georges Pinto Rebelo Chicoty

 


Pada 24 Februari 2011, IDFR telah menerima kunjungan daripada T.Y.T. Dr. Georges Pinto Rebelo Chicoty, Menteri Hal Ehwal Luar Angola, yang merupakan sebahagian daripada lawatan kerja dua hari beliau ke Malaysia. T.Y.T. Dr. Georges Pinto Rebelo Chicoty diiringi oleh sembilan (9) orang pegawai yang terdiri daripada T.Y.T. Antonio Da Costa Fernandes, Duta Angola ke Singapura, Mr. Carlos Sardinha, Setiausaha Pertama Kedutaan Angola di Singapura,  Amb. Mr. Jaoquim Augusto de Lemos, Pengarah Asia dan Oceania, Amb. Mr. Samuel Cunha, Pengarah Kabinet Menteri, Amb. Mr. Domingos Vieire Lopes, Pengarah Kerjasama Dua Hala, Mr. Antonio de Lima Viegas, Menteri Penasihat; Mrs. Maria do Rosario Catotola, Pegawai Menteri, Mrs. Catia Cardoso, Attaché Kabinet Asia dan Oceania, dan Mr. Jaime dos Santos, Ajudante de Campo.

Ketua Pengarah IDFR, Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari bersama-sama dengan Amb. Abdullah Faiz Zain, para pengarah serta pegawai kanan IDFR telah menyambut ketibaan T.Y.T. Dr. Georges Pinto Rebelo Chicoty dan delegasi dariAngola yang tiba di IDFR pada pukul 3.30 petang. Delegasi Angola seterusnya diiringi ke Bilik Triti untuk satu sesi taklimat mengenai IDFR.

Sesi taklimat dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan daripada Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Ketua Pengarah IDFR.  Seterusnya Cik Romaiza Abd. Rahman, Timbalan Pengarah IDFR menyampaikan taklimatmengenai fungsi dan peranan IDFR sebagai institusi latihan hubungan antarabangsa dan diplomasi bagi Kementerian Luar Negeri, Malaysia.,  Berikutnya adalah sesi tayangan video korporat IDFR dan soal jawab  yang mana delegasi dari Angola  menunjukkan minat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan program latihan yang ditawarkan oleh IDFR.

T.Y.T. Dr. Georges Pinto Rebelo Chicoty telah menyatakan penghargaan kepada IDFR di atas kesudian menerima kunjungan dan memberikan layanan baik kepada beliau dan ahli rombongan.Beliau turut menyatakan niat untuk menghantar Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Luar Angola bersama-sama dengan beberapa pegawai bagi mengikuti kursus latihan di IDFR. Sesi taklimat diakhiri dengan pemberian songket daripada Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari kepada T.Y.T Dr. Georges Pinto Rebelo Chicoty. Lawatan yang berakhir pada pukul 4.10 petang,  dengan harapan agar ianya dapat mengeratkan hubungan di antara pihak IDFR dengan pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Angola.

 

Lain-lain Berita Terkini: