Berita Terkini

Orientation Course for Secretaries and Executive Officers

orientation course1401

Kursus Orientation Course for Secretaries and Executive Officers telah dijalankan dari 19 hingga 30 Mei 2014, dihadiri oleh 16 setiausaha dan pegawai eksekutif dari Kementerian Luar Negeri. Kursus ini dilaksanakan selepas mendapat arahan daripada Kementerian dalam usaha mempersiapkan para peserta ini untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka di Kementerian dan perwakilan Malaysia di luar Negara.

Modul-modul kursus adalah dipantau oleh Kementerian untuk menjamin perlaksanaan yang berpandukan peraturan dan amalan di Kementerian. Pada minggu pertama kursus, para peserta mengikuti siri-siri ceramah berkenaan perihal kewangan yang dikendalikan oleh para penceramah dari Kementerian bermasuk pengurusan asset, audit dan pengurusan kewangan. Peserta juga dikehendaki menduduki satu ujian berkenaan kewangan yang menjadi sebahagian daripada modul-modul. Pada minggu kedua pula, para peserta didedahkan dengan pelbagai topik yang berkisarkan protokol dan konsular, persediaan sebelum ditempatkan di perwakilan, etiket and dandanan diri, bahasa dan komunikasi.

Dilaporkan oleh: Romaiza Abd. Rahman
Bahagian Latihan

Cetak