Berita Terkini

Sesi Pagi Jumaat: “Terapi Ketawa ke Arah Meningkatkan Kualiti Hidup”

terapi ketawa1401

Dengan bertemakan Terapi Ketawa ke Arah Meningkatkan Kualiti Hidup, Sesi Pagi Jumaat pada 15 Ogos 2014 telah diadakan di Auditorium WP1, Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra). Sesi ini telah menerima penyertaan daripada pegawai-pegawai Wisma Putra serta enam orang pegawai IDFR. Sesi ini bertujuan memberi pendedahan mengenai kepentingan terapi ketawa yang mampu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kualiti kehidupan melalui proses fisiologi dan psikologi secara tidak langsung.

Dr. Norzah Abd. Ghani, daripada Kementerian Pendidikan, merupakan seorang penceramah jemputan pagi tersebut. Beliau memulakan ceramahnya dengan mengajak hadirin untuk menarik nafas panjang bagi merehatkan tubuh dan minda mereka. Seterusnya, beliau mengajak setiap hadirin untuk melihat sesama sendiri untuk memulakan gelak ketawa. Hubungan mata adalah faktor yang paling penting dalam usaha menjadikan gelak tawa itu asli. Semasa sesi berlangsung, kualiti ketawa hadirin semakin bertambah baik. Para hadirin ketawa tidak henti-henti sepanjang sesi.

Dalam sesi tersebut, beliau menekankan manfaat terapi ketawa ini termasuklah mengurangkan tekanan dan menguatkan sistem imunisasi, membantu mengubah emosi seseorang dalam masa beberapa menit di mana sel-sel otak dapat melepaskan bahan kimia tertentu yang dikenali sebagai endorfin serta membawa lebih banyak oksigen kepada badan dan otak yang membuatkan seseorang itu lebih bertenaga dan tenang. Terapi ketawa juga membantu untuk mewujudkan keadaan mental yang positif untuk berdepan dengan orang yang mempunyai sikap negatif dan situasi negatif. Ia memberikan harapan dan keyakinan untuk berhadapan dengan waktu-waktu sukar.

Bagi mengakhiri ceramah ini, beliau mengingatkan semua orang untuk menyayangi diri sendiri dan menggalakkan lebih ramai orang untuk berkongsi senyuman mereka dengan orang lain untuk meningkatkan energi positif.

Enam orang pegawai IDFR yang hadir ialah Cik Lim Hui Chin, Pn. Zuraini Harun, En. Amirul Khairi Mustafa Bakri, Pn. Azmah Mahmud, Pn. Farah Dibah Abu Hanipah, dan Cik. Nik Nazarina Nek Mohamed.

terapi ketawa1402 terapi ketawa1402

Dilapor oleh: Farah Dibah Bt Abu Hanipah
Bahagian Pengajian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan

Cetak