Berita Terkini

Workshop on Drafting International Resolution

parlimen1501

Workshop on Drafting International Resolution telah diadakan pada 4 dan 5 Mac 2015 di Pacific Regency Hotel Suites, Kuala Lumpur. Ia telah dihadiri oleh 16 pegawai penyelidik dari Parlimen Malaysia.

Bengkel dua hari ini adalah diatas permintaan pihak Parlimen Malaysia dengan tujuan utama memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan pelbagai aspek dan elemen dalam penyediaan dan penulisan deraf resolusi di peringkat antarabangsa. Ini adalah untuk melengkapkan para peserta dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan informasi yang berkaitan dengan penulisan deraf resolusi antarabangsa memandangkan mereka perlu menyediakan deraf-deraf tersebut untuk beberapa Ahli Parlimen Malaysia yang mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

Bengkel ini dibahagikan kepada tiga modul utama, iaitu: Aspects and Elements in Drafting International Resolutions, yang dikendalikan oleh YBhg. Tan Sri Hasmy Agam, Chairman of Human Rights Commission, Malaysia  (SUHAKAM); Legal Matters Related to Drafting Resolutions, yang dikendalikan oleh YBrs. Dr. Intan Murnira Ramli, Director of Advisory Project, Judicial and Legal Training Institute (ILKAP); dan Sharing of Experience Session oleh YBhg. Dato’ Hussin Nayan, Ketua Pengarah IDFR.

Ketiga-tiga para penceramah jemputan mempunyai pengalaman, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang mendalam didalam bidang ini. Mereka memberi pendedahan kepada para peserta melalui sesi-sesi ceramah interaktif, latihan dan perbincangan dalam kumpulan dan latihan simulasi. Beberapa contoh resolusi yang telah diluluskan disertakan kepada para peserta untuk memberi lebih penerangan berkenaan teknik, stail, format dan bahasa yang gunakan dalam penulisan deraf resolusi antarabangsa. Latih amal dan contoh-contoh yang diberikan adalah berkaitan dengan isu-isu berkenaan hubungan, politik dan ekonomi antarabangsa.

Dilaporkan oleh:

Romaiza Abd Rahman
Bahagian Latihan

Cetak