logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

  • Laman Utama
  • Archived Articles
  • Majlis Perasmian Bazar Amal Antarabangsa Wisma Putra 2011 Oleh Y. Bhg. Datin Sri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, Penaung PERWAKILAN

Majlis Perasmian Bazar Amal Antarabangsa Wisma Putra 2011 Oleh Y. Bhg. Datin Sri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, Penaung PERWAKILAN

“DI MANA PERTEMUAN KEPELBAGAIAN UNTUK SATU HADIAH PENGHARAPAN”

Majlis Perasmian Bazar Amal Antarabangsa Wisma Putra 2011 (WPICB) yang bertujuan mengumpul dana untuk didermakan ke wad kanak-kanak dan badan kebajikan di sekitar Kuala Lumpur telah berlangsung pada 16 April 2011 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), iaitu pusat latihan bagi Kementerian Luar Negeri, Jalan Wisma Putra, Kuala Lumpur.

Bazarini juga diadakan bertujuan  menyediakan satu peluang kepada para kedutaan asing di Kuala Lumpur mempromosikan budaya, pelancongan, makanan dan barangan (produk-produk) negara mereka. Pada masa yang sama, bazar ini menjadi platform untuk orang awam berinteraksi dengan kedutaan asing, kementerian/agensi/jabatan dan sektor swasta yang turut mengambil bahagian dalam bazar ini.

Majlisperasmian yang bermula pada jam 10.00 pagi telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Datin Sri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, selaku Penaung PERWAKILAN. Seterusnya diadakan sidang media dan diakhiri dengan lawatan ke kaunter jualan dan pameran oleh Y.Bhg. Datin Sri diiringi Y.Bhg. Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman (Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negara), Y.Bhg. Dato' Ku Jaafar Ku Shaari (Ketua Pengarah IDFR) dan Y.Bhg. Datin Jazliza Jalaluddin (Presiden PERWAKILAN).

KetibaanY.Bhg. Datin Sri diiringi dengan persembahan oleh Pasukan Kadet Bagpipe Institut Victoria telah yang berjaya membawa para jemputan ke alam ‘bagpipe world’. Kemudiannya diikuti oleh nyanyian Lagu Kebangsaan Malaysia, “Negara ku” dan bacaan doa oleh En. Mohd Sabri Zakaria (Penolong Pengarah IDFR).

Majlisperasmian diteruskan dengan ucapan aluan oleh Y.Bhg. Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman, Y.Bhg. Datin Jazliza Jalaluddin dan diikuti dengan ucapan perasmian dan simbolik pelancaran WPICB dengan memukul gong oleh Y.Bhg. Datin Sri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad.

Semasa di atas pentas, Y.Bhg. Datin Sri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad dan Orang-orang Kenamaan (VIP) juga telah diiringi oleh ‘Little Ambassadors’ yang memakai pakaian tradisional dari seluruh negara bagi meraikan kepelbagaian warna-warni masyarakat global.

Seterusnyapara penganjur juga dijemput ke pentas  untuk penyerahan mock cheque kepada  Y.Bhg. Datin Sri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, selaku wakil pihak PERWAKILAN dan sesi bergambar.

Bagi menyerikan majlis tersebut, terdapat tiga (3) persembahan oleh para kedutaan yang terdiri daripada  Kedutaan Republik  Venezuela, Rusia dan China. Selain itu, para hadirin juga disediakan dengan persembahan yang cukup menarik seperti mana yang dijadualkan, untuk program dua hari tersebut.

Selepas majlis perasmian, para VIP telah mengiringi Y.Bhg. Datin Sri ke majlis sidang media dan perkara ini memberikan ruang kepada beliau bagi menyatakan harapan PERWAKILAN terhadap bazar yang dianjurkan tersebut.

Majlisperasmian diakhiri dengan lawatan Y.Bhg. Datin Sri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad diiringi VIP ke kaunter jualan dan pameran yang mana melibatkan penyertaan 38 kedutaan asing di Kuala Lumpur, 30 institut-institut pengajian tinggi dan institusi swasta serta 43 pengusaha tempatan dan 18 pengendali makanan. Lima (5) tarikan utama terdapat bazar :-

1. Global Village (Kampung Sejagat) – Promosi oleh kedutaan asing di Kuala Lumpur dengan kebudayaan, bidang pelancongan, pendidikan  dan lain-lain bagi setiap Negara dengan penyediaan khemah-khemah khas untuk mereka;

2. World Cuisine (Hidangan Dunia) – Promosi masakan antarabangsa dan tempatan melalui gerai makanan yang disediakan oleh kedutaan asing;

3. Aim High – Merupakan pameran pendidikan  yang mana institusi, sekolah-sekolah antarabangsa, agensi pelancongan dan syarikat komputer mempamer dan mempromosikan barangan dan perkhidmatan mereka;

4. It is a Small Word (Dunia Kecil) - Persembahan kebudayaan oleh kedutaan asing dan kumpulan kebudayaan tempatan; dan

5. Bazaar Malaysia (Bazar Malaysia) – Jualan barangan tempatan seperti kraftangan, pakaian, buku-buku, barangan kemas, pakaian dan lain-lain.

Sejajar dengan matlamat utama Bazaar yang mana ialah untuk mengumpul dana bagi tujuan kebajikan, orang awam dijemput menghadiri bazaar yang mula  dibuka dari 9.00 a.m.- 5.00 p.m, selama dua hari, iaitu 16- 17 April 2011.

 

Lain-lain Berita Terkini