logo ms

Sabtu, 03 Disember 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Perpustakaan dan Teknologi Maklumat

Unit Perpustakaan.

Perpustakaan menyediakan perkhidmatan sokongan untuk program-program penyelidikan, pembelajaran dan latihan yang diadakan oleh IDFR.  Perpustakaan mempunyai  koleksi  yang lengkap dan terkini  dari pelbagai  bahan dalam bentuk bercetak, multimedia dan elektronik. Bahan perpustakaan boleh diakses melalui webOPAC perpustakaan di http://webopac.kln.gov.my

Perkhidmatan perpustakaan boleh diakses dengan  menjadi pengguna berdaftar. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah :

•    Perkhidmatan rujukan

•    Carian maklumat

•    Sirkulasi

•    Pinjaman antara perpustakaan

•    Perkhidmatan fotokopi

 

Unit Teknologi Maklumat

Unit ICT menyediakan perkhidmatan merangkumi pembangunan dasar, perancangan dan pengurusan projek dalam memastikan khidmat sokongan yang cekap dan berkesan dapat diberikan kepada pengguna melalui penyediaan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.

Unit ini juga bertanggungjawab merangka strategi dan menyelesaikan masalah berkaitan ICT sejajar dengan inisiatif Kerajaan Elektronik dan juga melalui kerjasama rapat dengan pelbagai pengguna dan pihak berkepentingan di IDFR.