Rabu, 15 Januari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Ucapan di UIC UiTM Shah Alam

Pada 12 April 2011, Y.Bhg. Dato Ku Jaafar Ku Shaari, Ketua Pengarah IDFR telah menyampaikan satu ucapan di Dewan Seminar UIC, Pusat Antarabangsa UiTM, UiTM Shah Alam bertajuk “The New Middle East: Impact On Business and International Relationship” (Timur Tengah Baru : Kesan Kepada Perniagaan dan Hubungan Antarabangsa). Majlis tersebut juga dimulakan dengan ucapan aluan oleh Penolong Professor Dr. Zaini Abdullah, selaku Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi.

YBhg Dato’ Dr Mohd Yusof Ahmad, Pengarah Institute of ASEAN Studies and Global Affairs (INSPAG), UiTM telah dilantik sebagai moderator majlis dan para panel terdiri daripada Dr Chandra Muzaffar, Presiden JUST Malaysia, Penolong Prof. Dr. Waleed F. Faris, Timbalan Dekan Pejabat Khidmat Strategik dan Jaminan Kualiti, Universiti Islam Antarabangsa  Malaysia (UIA) dan Mr. Amir Rostam Khah, Calon PHD Kedutaan Iran.

Fokus perbincangan dalam majlis tersebut adalah merujuk kepada peristiwa semasa yang berlaku di Timur Tengah yang mana telah menjejaskan negara-negara jiran dan dunia secara umumnya, terutama dalam soal perniagaan dan hubungan antarabangsa. Dato Ku Jaafar Ku Shaari turut menyediakan satu idea menarik mengenai topik perbincangan dengan berkongsi pengalaman peribadinya yang pernah bertugas sebagai Charge D'Affaires dan duta di Jordon dan Qatar.

Sesi ceramah ini dikelolakan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama World Islamic Economic Forum Foundation (WIEF).  Majlis ini dihadiri oleh para ahli akademik, penyelidik dan pelajar sarjana UiTM dalam dan luar negara termasuk pegawai dari IDFR.

 

 Lain-lain Berita Terkini


{module Berita Terkini} 

 

fbk

twt

int

tk

yt