logo ms

Rabu, 28 September 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Kursus Latihan Diplomat Muda Asean-China

Kursus Latihan Diplomat Muda ASEAN-China 2011 telah berjaya diadakan di IDFR pada 5 hingga 16 Disember 2011. Kursus latihan ASEAN-China yang pertama ini dianjurkan sebagai memperingati ulang tahun ke-20 hubungan dialog ASEAN-China dan  dihadiri oleh 16 orang diplomat muda dari Brunei, Kemboja, China, Indonesia, Laos, Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Perlaksanaan kursus ini adalah hasil daripada deklarasi bersama terhadap Kerjasama Strategik ASEAN-China untuk Keamanan dan Keharmonian 2011-2016, yang dipersetujui semasa Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-13 di Hanoi pada Oktober 2010. Sehubungan dengan deklarasi itu, kursus ini memberikan fokus terhadap peningkatan hubungan sesama insan terutama sekali di antara kalangan negara ASEAN dan China. Selain dari itu, objektif lain adalah untuk memupuk dan mengekalkan hubungan baik dan bermanfaat di kalangan pihak ASEAN dengan pihak lain.

 Sepanjang kursus latihan tersebut, peserta didedahkan dengan pelbagai isu dan topik yang disampaikan oleh pakar dalam bidang yang berkaitan diplomasi dan hubungan antarabangsa daripada perspektif Malaysia. Antara topiknya adalah Dasar Luar Malaysia, Forum dan Kerjasama Serantau ASEAN, Global Movement of the Moderates, Perundingan Antarabangsa, Isu Keselamatan dan Cabaran di Asia Tenggara, Diplomasi Maritim dan lain-lain lagi. 

Selain daripada itu, peserta juga berpeluang untuk mendapatkan pandangan berharga ke arah memahami China dan Amerika melalui beberapa sesi yang diadakan bersama TYT Chai Xi, Duta Republik Rakyat China ke Malaysia dan Encik Jeffey D. Rathke, Kaunselor Hal Ehwal Politik, dari Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur. Para peserta juga turut mengikuti lawatan sambil belajar ke bandar bersejarah, Melaka.

Ternyata perserta-perserta amat teruja dan gembira setelah diberi peluang untuk menyertai kursus ini. Ramai yang meluahkan rasa gembira terhadap penganjuran dan kandungan kursus seperti yang telah diaturkan oleh IDFR. Sesungguhnya, institusi ini amat berbangga atas keyakinan dan kepercayaan yang diberikan untuk menganjurkan Kursus Latihan Diplomat Muda ASEAN-China.