The 2nd Australia-Malaysia Dialogue, Centre for Dialogue, La Trobe University, Bundoora Campus , Research and Development Park (R&D) Conference Centre, Melbourne, Australia.
Satu dialog “The 2nd Australia – Malaysia Dialogue” telah berlangsung pada 5 hingga 6 Disember 2011 di mana La Trobe Universiti telah menjadi tuan rumah.Dialog ini adalah anjuran bersama Centre for Dialogue, La Trobe Universiti, Kampus Bundoora, Research and Development Park (R&D) Conference Centre, Institute of Malaysia and International Studies (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan the Institute of ASEAN Studies and Global Affairs (INSPAG), FSPPP, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia . Dialog yang diadakan ini merupaka kesinambungan kepada Dialog pertama yang diadakan dua (2) tahun lalu bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Antara objektif program tersebut adalah :
- Untuk mempertimbangkan isu-isu dasar kepentingan kepada kedua-dua negara, dengan member tumpuan khusus kepada rantau Asia-Pasifik dan juga keselamatan global.
- Untuk mempertimbangkan cara-cara meningkatkan kerjasama dan juga sesi perbincangan antara kedua-dua negara, dan pertukaran intelektual, dengan tumpuan dasar;
- Untuk membuat cadangan yang berkenaan, kepada kerajaan, pertubuhan-pertubuhan serantau, institusi akademik dan pihak-pihak lain yang berkaitan dalam selaras dengan kedua-dua objektif yang telah digariskan di atas; dan
- Untuk menyiarkan dalam format yang berbeza keputusan kertas-kertas pembentangan dan perbincangan yang membentuk sebahagian daripada Dialog.
Turut hadir pada majlis pembukaan tersebut ialah Konsul-Jeneral Malaysia di Melbourne, Dr Mohamed Rameez bersama-sama dengan 27 peserta dari pelbagai latar belakang terdiri daripada Academia, Institusi Awam, Media, Diplomat dan mantan diplomat , penggubal dasar, pemimpin masyarakat dan badan-badan bukan kerajaan dari kedua-dua negara . Turut serta di dalam majlis tersebut adalah Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Malaysia (ASPIRASI).
Profesor Joseph Camilleri, Pengarah Pusat Dialog, di dalam ucapan aluannya menyatakan tujuan, skop dan juga kaedah yang sesuai untuk sesi Dialog Australia-Malaysia. Menurut beliau dialog tersebut perlu memberi tumpuan kepada perbincangan di mana para peserta akan memberikan pendapat mereka dan juga boleh berbincang serta bertanyakan soalan dengan lebih mendalam berkaitan dengan isu yang dibincangkan. Selain daripada itu, dialog itu juga dilihat sebagai medan kepada peserta untuk lebih memahami apa-apa isu yang dihadapi oleh kedua-dua negara. Persefahaman juga dapat diwujudkan di mana akhirnya para peserta dapat meningkatkan tahap kerjasama di masa akan datang. Mengakhiri dialog tersebut beliau berharap bahawa kedua-dua negara mempunyai asas yang sama dan ini akan memberikan manfaat yang baik kepada kedua negara, selain itu setiap perbincangan yang telah dibuat akan dikumpulkan dan akan diterbitkan.
Ketua Pengarah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) YBhg. Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Malaysia , di dalam ucapan pembukaan beliau menegaskan bahawa cabaran yang terpaksa dihadapi oleh dunia ini adalah lebih mencabar dan beliau berharap agar Dialog tersebut dapat menyediakan satu landasan dan juga peluang untuk memulakan lebih banyak aktiviti di bawah syarikat yang sedia ada dan dapat juga menjana idea-idea yang lebih pragmatik untuk kebaikan hubungan dua hala antara Malaysia dan Australia.
Tema Utama ada hari pertama Dialog adalah “Malaysia and Australia Addressing Regional ang Global Challenges”. Berikut adalah senarai tajuk yang dibentangkan:
1. “Big Power Relationship the Asia-Pacific Region post 9/11” oleh Prof. Dr. K.S. Nathan, daripada IKMAS (UKM)
2.“The Asian Struggle for Cohorence : Risks and Opportunities” oleh Mr. Rowan Callick, Columnist of The Australian.
3.“The ASEAN Community Project 2015” oleh YBhg. Dato’ Dr. Yusuf Ahmad, INSPAG (UiTM)
4.“Australia and Malaysia : Partners in Changing Region” oleh Mr. Bassim Blazey, Selatan - Asia Timur Dua Hala Cawangan, Bahagian Kementerian Luar dan Perdagangan Selatan - Asia Timur Dua Hala Cawangan, Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan
5.“Australia – Malaysia Security Corporation and the Five Powers Defense Arrangement” oleh Dr. Craig Snyder, Deakin University.
6.“The Pot Calling the Kettle Black” oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Institute of Ethnic Studies (KITA), UKM.
7.“Scope for Malaysia and Australia to Lift the Level of Their Corporation” oleh Prof. Charles Mott, La Trobe Universiti.
8.“Australia-Malaysia Relations: Missed Opportunities, Tantalizing Possibilities” oleh Prof. Joseph Camilleri, La Trobe Universiti.
9.“Issues of Asylum Seeker in Australia-Malaysia Relations: The Aborted Malaysian Solution” oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Qasim Ahmad, UiTM.
10.“An International Lawyer’s Prospective on the Arrangement between the Governments of Australia and Malaysia on Transfer and Resettlement” oleh Dr. Savitri Taylor, La Trobe University.
Pada hari kedua majlis tersebut berlangsung membincangkan tentang “Managing Plural Societies”. Berikut adalah senarai tajuk yang dibentangkan :
- “Islam and Politics in Malaysia Post 9/11: Competing Ideas and Rallying Support Among Political parties in Malaysia” oleh Dr. Shaharuddin Badaruddin, UiTM.
- “Reclaiming Malaysia’s Secular Democratic State: Shifting Towards a Post – Islamist Course” oleh Prof. Lily Zubaidah Rahim, University of Sydney.
- “Debating Secularism: Australian and Malaysian Muslims on Legal Pluralism, Multiculturalism and Democracy” oleh Dr. Sven Schottman, La Trobe Universiti
- “A Critical Assessment of Malaysia’s Experience in Managing Religious Pluralism, Issues, Challenges and the Way Forward” by Rev. Dr. Herman Shastri, Majlis Gereja Malaysia.
- “The Importance of Interfaith Organizations for Interreligious Harmony and Social Cohesion in Developed and Developing Multi faith Societies” oleh Prof. Des Cahill, The Royal Melbourne Institute of Technology (Universiti RMIT)
- “Challenging Hegemonic Masculinity in Religious Interpretation: Woman NGO’s, Mobilization and Power Relations in Malaysia” oleh Dr. Sharifah Syahirah Syed Sheikh, INSPAG (UiTM)
- “Indigenous Matters: Orang Asli and Aboriginals” oleh Prof. Alberto Gomes, La Trobe University.
- “Challenges of Plural Societies : Lessons Australia Can Learn From Our Region” oleh Mr. Pino Migliorino, Federation of Ethnic Communities’ Councils of Australia (FECCA)
- “The Management of Pluralism, Democracy and National Security in Malaysia: Implications for Southeast Asia and the Broader Asia-Pacific Region” by Dr. Wahabuddin Ra’ees, Universiti Islam Antarangsa Malaysia (IIUM)
- “Managing Pluralism in Malaysia: A civil Society Perspective” oleh Cik. Tricia Yeoh Su-Wern, Dynamic Market Research, Malaysia
Pada hari pertama para peserta telah dibawa menikmati makan malam di Restoran India iaitu di India Tukka Café dengan suasana yang nyaman dan disajikan dengan makanan yang lazat. Pada hari berikutnya para peserta mengikuti satu lawatan sekitar kampus La Trobe.
Semasa sesi penutup, Encik Larry Marshall sebagai ketua penganjur sesi dialog tersebut telah memuji para peserta kerana menjayakan sesi dialog tersebut dan juga memaklumkan kepada para peserta bahawa semua pembentangan dan juga perbincangan yang telah berlangsung akan dikumpulkan dan juga akan di terbitkan. Beliau juga menambah bahawa Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi sesi dialog yang seterusnya.
Dialog diakhiri dengan penyampaian cendera kenangan oleh IKMAS (UKM), INSPAG (UiTM) dan IDFR kepada La Trobe University dan diikuti dengan sesi bergambar.