logo ms

Isnin, 04 November 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Modul Hubungan Antarabangsa Bagi Peserta Diploma Pengurusan Awam (DPA) 1/2011

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah bersama-sama menganjurkan Modul Hubungan Antarabangsa bagi Diploma dalam Pengurusan Awam (DPA) sesi 1/2011 dari 13 - 18 Februari 2012 dan dari 20 -25 bulan Februari 2012. Modul ini telah dihadiri oleh 145 orang pegawai dari sidang E dan F dan 144 pegawai dari sidang C dan D.

Objektif modul ini adalah untuk memberikan para peserta pemahaman yang lebih mendalam mengenai konsep diplomasi dan hubungan antarabangsa. Tujuannya adalah untuk menghasilkan pegawai-pegawai Malaysia yang berpikiran global dan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang berguna dan berkebolehan di dalam bidang diplomasi.

Kuliah yang telah direncanakan dalam modul ini adalah termasuk isu-isu berkaitan dengan Dasar Luar Malaysia, Konvensyen Vienna dan Hubungan Konsular, peranan Malaysia dalam mewujudkan Komuniti ASEAN pada tahun 2015 dan Kedudukan Malaysia dalam Kempen Anti Keganasan. Para peserta telah juga diberi peluang untuk mencerna pelbagai nuansa dan pendekatan hubungan antarabangsa seperti Rundingan Antarabangsa dan Bahasa Inggeris dan Diplomasi dari pakar-pakar di IDFR. Selain daripada itu, Encik Scott M. Rauland, Kaunselor Hal Ehwal Awam dari Kedutaan Amerika Syarikat telah dijemput untuk berkongsi pandangan beliau mengenai diplomat pada abad ke-21 dengan para peserta.

Dalam modul ini juga, para peserta dikehendaki untuk membentangkan persembahan projek kumpulan mengenai isu-isu seperti Global Movement of the Moderates, Arab Spring, UNSC Reform, Islamic Diplomacy in the current world situation, South China Sea and Spratly Issues, the Emergence of China and India as Economic Powerhouse, North Korean Nuclear Crisis and Palestine UN Membership.

Kemuncak modul ini adalah lawatan sambil belajar yang dianjurkan ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan Kolej Perkhidmatan Awam Singapura. Beberapa ceramah mengenai tanggungjawab dan fungsi misi diplomatik Malaysia telah disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia disana. Mesyuarat dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Perkhidmatan Awam Singapura juga menyediakan platform untuk para peserta bertukar pandangan dan membuat perbandingan antara Malaysia dan Singapura dalam perkhidmatan awam. Pastinya, pendedahan dan pengalaman pembelajaran yang diperolehi di kedua-dua negara, Singapura dan Malaysia, telah meluaskan pemahaman peserta mengenai konsep hubungan antarabangsa.