logo ms

Rabu, 28 September 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Modul Hubungan Antarabangsa Bagi Peserta Diploma Pengurusan Awam (DPA) 1/2012

cd

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah bersama-sama menganjurkan Modul Hubungan Antarabangsa bagi Diploma Pengurusan Awam (DPA) 1/2012 pada 1 - 4 Oktober 2012 dan 5 - 8 November 2012. Modul ini dihadiri, masing-masing oleh 150 pegawai Sidang C dan D dan 149 pegawai Sidang A dan B.

Objektif modul ini adalah untuk membangunkan pengetahuan dan kefahaman tentang konsep diplomasi dan hubungan antarabangsa, dalam memberikan gambaran tentang peranan dan fungsi Diplomat Malaysia dan bagi meningkatkan pengetahuan mengenai kedudukan Malaysia dalam isu-isu antarabangsa, terutamanya di ASEAN.

Modul ini turut mengandungi sesi ceramah berkaitan isu-isu Dasar Luar Malaysia, Konvensyen Vienna dan Hubungan Konsular, Peranan Malaysia Dalam Pembentukan Komuniti ASEAN Pada Tahun 2015 dan Peranan Malaysia Menangani Keganasan. Para peserta juga diberi peluang untuk mempelajari teknik diplomasi, diantaranya Rundingan Antarabangsa serta Diplomasi dan Bahasa Inggeris daripada tenaga pengajar IDFR. Selain daripada itu, Encik Jeffery D. Rathke, Kaunselor Hal Ehwal Awam dari Kedutaan Amerika Syarikat turut dijemput bagi berkongsi pandangan beliau dengan para peserta mengenai Diplomat Dalam Abad Ke-21.

Pembentangan projek berkumpulan dalam pelbagai isu, diantaranya Global Movement of the Moderates, Challenges in the Middle East, Islamic Diplomacy in the current world situation, South China Sea and Spratly Issues, the Emergence of China as Economic Powerhouse, North Korean Nuclear Crisis and Malaysia’s role towards ASEAN Community 2015 juga merupakan salah-satu tugasan yang perlu dilaksanakan oleh para peserta.

Dilaporkan oleh : Mohd Farid Mohd Arif
Bahagian Latihan

ab