logo ms

Jumaat, 01 Mac 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Modul Hubungan Antarabangsa bagi Peserta Diploma Pengurusan Awam (DPA) 1/2013

ga_modul-antarabangsa1301

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDHL) dan Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN) telah berkolaborasi didalam penganjuran Modul Hubungan Antarabangsa (IR) bagi peserta Diploma Pentadbiran Awam (DPA) 1/2013. Peserta yang menghadiri modul tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu INTAN Wilayah Timur (INTIM) dan INTAN Wilayah Selatan (IKWAS).

Objektif Modul tersebut adalah bagi menambah pengetahuan dan kefahaman mengenai konsep diplomasi dan hubungan antarabangsa serta bagi memberikan gambaran keseluruhan mengenai peranan dan fungsi diplomat Malaysia. Modul bagi peserta daripada INTIM telah diadakan di kampus tersebut di Kemaman, Terengganu manakala modul bagi peserta daripada IKWAS telah diadakan di Kuala Lumpur.

Antara ceramah-ceramah yang telah disampaikan didalam modul Hubungan Antarabangsa tersebut adalah topik berkenaan Dasar Hubungan Luar Negeri Malaysia, Konvensyen Vienna dan Hal Ehwal Konsular, Kerjasama Rantau ASEAN, Diplomasi Awam dan Hal Ehwal Media, Rundingan Antarabangsa, Posisi Malaysia Di Dalam Menentang Keganasan dan juga Bahasa dan Diplomasi.

Selain daripada itu, peserta daripada IKWAS sangat bertuah kerana berpeluang mendengar ceramah daripada Ketua Pengarah IDFR, YBhg. Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari yang telah berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang diplomat di dalam sesi ceramah “Experience of a Diplomat”. Peserta daripada IKWAS turut berpeluang bertemu dengan Captain John Segura, Pegawai Pertahanan Kanan/ Atase Tentera Laut dan Mr. Paul Brown, Kaunselor Ekonomi daripada Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Malaysia yang telah dijemput untuk berkongsi pendapat didalam ceramah bertajuk “Diplomats in the 21st Century”.


Dilaporkan oleh : Nadhirah Mohamad Zanudin
Pejabat Ketua Pengarah