logo ms

Sabtu, 03 Disember 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Hari Komanwel Tahun 2013 "Komanwel: Peluang Melalui Perusahaan"

commonwealth1301

Semenjak tahun 1977, Hari Komanwel disambut secara tahunan pada hari Isnin minggu kedua bulan Mac oleh 54 negara Komanwel yang merdeka. Justeru pada tahun ini sempena sambutan Hari Komanwel yang ke 36, satu forum yang bertemakan, “Komanwel: Peluang Melalui Perusahaan” telah dianjurkan oleh Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) dengan kerjasama Bahagian Politik Pelbagai Hala, Kementerian Luar Negeri. Tema forum ini memberi penekanan terhadap bakat dan inovasi dalam menyatukan semangat berdaya usaha dan menggerakkan rakyat untuk memperbaiki kehidupan dan mata pencarian.

YBhg. Dato' Selwyn Das, Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Pelbagai Hala, Kementerian Luar Negeri Malaysia telah menyempurnakan majlis perasmian forum ini pada 25 Mac 2013 bertempat di Auditorium IDFR, Kuala Lumpur. Ini disusuli dengan ucaptama oleh YBhg. Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther, Pengerusi Malaysian Institute of Management (MIM).  Antara intipati ucaptama  tersebut, beliau menekankan mengenai usaha berterusan Malaysia membuka banyak peluang melalui perusahaan dan menggalakkan inovasi. Pelbagai bidang telah diwujudkan seperti pendidikan, memperkasakan belia dan pembangunan modal insan untuk memberi peluang inovasi berterusan secara kolektif di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Komanwel dipercayai akan terus menjadi platform bagi semua negara anggota untuk berkembang maju melalui perpaduan dengan mewujudkan peluang across geographical barriers, memupuk kerjasama antara belia dan menggalakkan kerjasama bagi masa depan yang lebih cerah.

Lebih 200 peserta menghadiri forum ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Kementerian Luar Negeri, ahli-ahli diplomatic corps, wakil badan-badan pemikir dan pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik serta peserta-peserta kursus IDFR. Turut hadir sama, YBhg. Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Ketua Pengarah IDFR, YAM Tunku Zain Al-’Abidin Tuanku Muhriz, Presiden IDEAS, dan YBhg. Datuk Muhammad Feisol Hj. Hassan, Presiden The Royal Commonwealth Society (Malaysian Branch).

Dilaporkan oleh : Nurzetty Affira Abdul Rahim
Peserta DiD 1/2013