Khamis, 23 Januari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Ucaptama Gabenor Bank Negara Malaysia Mengenai Ekonomi Malaysia dan Perbincangan Panel

bnm1301

Dr. Sukhdave Singh, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia telah menyampaikan Ucaptama Gabenor melalui seminar yang diadakan di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara pada Khamis, 21 Mac 2013. Baru-baru ini, beliau telah dilantik oleh bank tersebut sebagai Timbalan Gabenor berkuatkuasa 16 April 2013.

Dalam ucaptama beliau, Dr. Sukhdave telah membincangkan Outlook for the Malaysian Economy and the Financial Sector. Beliau berkata ekonomi Malaysia dijangka kekal pada trajektori pertumbuhan lima hingga enam peratus pada 2013 dan akan terus didorong oleh aktiviti sektor swasta. Menurut Dr. Sukhdave juga, pelaburan swasta dijangka kekal teguh dan keadaan pasaran buruh juga dijangka kekal dalam keadaan baik. Dari segi perdagangan luar, Dr. Sukhdave berkata pertumbuhan eksport dijangka meningkat selari dengan perkembangan import. Penyeliaan rangka kerja  dan pengawalan yang teguh akan terus menyokong kestabilan kewangan. Dr. Sukhdave merumuskan ucaptama beliau dengan menyatakan bahawa prospek positif bagi kestabilan kewangan domestik akan dikekalkan pada tahun 2013.

Ucaptama Gabenor tersebut telah diikuti dengan perbincangan panel yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dato' Mohd. Sheriff Mohd Kassim, Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia. Manakala, ahli-ahli panel adalah Dr. Ravi Balakrishnan dari Tabung Kewangan Antarabangsa yang memberi penerangan terperinci tentang Malaysia’s Transformation : Progress and Challenges; Encik Raymond Tang dari Pengurusan Aset Utama CIMB yang bercakap mengenai Capital Flows and Imbalances dan Profesor Dr. Ahmad Zubaidi Baharumshah dari Universiti Putra Malaysia yang menerangkan Debt and Uncertainties in the Malaysian Economy.

Disediakan oleh : Aida Hanim Shoib
Bahagian Pengajian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan


fbk

twt

int

tk

yt