Jumaat, 09 Mei 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Bengkel Pelan Strategik ICT (ISP), IDFR 2013 - 2015 (Siri 1)

isp1_1301I

Seksyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah mengendalikan Bengkel Pelan Strategik ICT (ISP) IDFR, 2013 – 2015 (Siri I) pada 7 dan 8 Mei 2013, bertempat di Bilik Kuliah 106, Blok C, IDFR.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini telah dihadiri oleh 31 orang peserta dari kesemua Bahagian di IDFR. Perasmian bengkel disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zulkifli Yaacob, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat, IDFR merangkap Pengarah Projek bagi Jawatankuasa Pembangunan ISP, IDFR. Bagi melancarkan perjalanan bengkel, dua (2) orang wakil daripada pasukan perunding ISP MAMPU iaitu Encik Lee Kok Seng dan Puan Sukhaila Angsor telah turut diundang menghadiri bengkel tersebut dan bertindak sebagai fasilitator bengkel.

Objektif bengkel ini diadakan ialah bagi :

1. Mengemukakan hasil kaji selidik berdasarkan Borang Soal Selidik Maklum Balas Dan Kepuasan Penggunaan Kemudahan ICT;
2. Membentangkan hasil kajian mengenai Aplikasi Sistem, Infrastruktur dan Keselamatan ICT;
3. Mengenalpasti pendekatan SWOT dalam skop ICT di IDFR;
4. Mendapatkan tahap semasa infrastuktur ICT; hala tuju, visi dan misi ICT; dan
5. Berkongsi analisis isu, cabaran dan harapan serta persekitaran semasa dan masa hadapan ICT di IDFR. 

Secara keseluruhannya, bengkel ini telah mendapat kerjasama dan komitmen yang padu daripada semua peserta terutamanya bagi sesi perbincangan dan pembentangan kumpulan. Bengkel Siri II dan III dirancang diadakan pada bulan Julai dan Ogos 2013.

isp1_1301II isp1_1302

Dilaporkan oleh : Zaiza Haji Ali
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat

fbk

twt

int

tk

yt