logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Ceramah “SEARCCT’s Looking Back” Siri 1/2013

SEARCCT1301


Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Kementerian Luar Negeri telah menganjurkan siri ceramah Looking Back yang pertama untuk tahun 2013 pada pagi ini, 23 Mei di IDFR.

Ceramah yang bertajuk Search and Destroy: The Experience of VAT 69, telah disampaikan oleh Datuk A. Navaratnam, bekas anggota dan komandan pertama unit pasukan khas yang diberi nama Very Able Troopers (VAT) 69.

Dalam ceramah beliau, Datuk A. Navaratnam menceritakan kepada para hadirin tentang beberapa pengalaman pasukan beliau semasa terlibat dalam operasi pemberontakan dan memerangi komunis di dalam hutan Perak, Pahang dan berdekatan Betong. Beliau turut berkongsi beberapa anekdot. Ceramah beliau yang berkisar pengalaman peribadi telah memberi kesedaran baru kepada para hadirin yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk polis dan angkatan tentera, dan mereka mengambil peluang untuk belajar daripada pengalaman Datuk A. Navaratnam semasa sesi soal jawab.

Diterjemahkan oleh : Aida Hanim Shoib
Bahagian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan