logo ms

Ahad, 02 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Persidangan Keselamatan ICT Sektor Awam 2013

Security ICT Conference 2013-photo1
Persidangan Keselamatan ICT Sektor Awam telah diadakan dengan jayanya pada 23 Mei 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Persidangan ini dianjurkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan tema “Security Beyond Minds” dan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Nor Aliah Mohd Zahri, Timbalan Ketua Pengarah (ICT), MAMPU merangkap Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Kerajaan Malaysia.

IDFR diwakili oleh Puan Noor Asyirah Abd Rahman, Pegawai Teknologi Maklumat dari Seksyen ICT. Persidangan ini menyaksikan penyertaan dari kalangan pegawai ICT  sektor kerajaan dan swasta. Persidangan itu juga bertindak sebagai platform perbincangan, perkongsian idea dan pengetahuan di kalangan para jemputan, terutama mengenai isu-isu keselamatan ICT sektor awam. Kertas kerja turut dibentangkan oleh para penceramah mengenai pelbagai topik seperti : Data Leakage Protection, Koordinasi Keselamatan ICT Peringkat Kebangsaan, Cybersecurity Safety Standards,The Age of Cyberwar and Mobile Security.

Para peserta juga dijemput menghadiri Pameran Keselamatan ICT Sektor Awam 2013 yang mempamerkan produk dan perkhidmatan daripada pembekal keselamatan ICT, seperti EC Council dan Ofisgate. Peserta berpeluang untuk berinteraksi dengan para pembekal produk dan perkhidmatan ICT semasa pameran tersebut yang diadakan di tempat yang sama.

Pada sesi petang, terdapat sesi Perbincangan Focus Group yang dibahagikan kepada dua (2) kumpulan. Kumpulan 1 membincangkan tajuk ICTSO/CERT/PRISMA/MyGSOC/MyGRiC dan Kumpulan 2 pula berkenaan Information Security Management System (ISMS) Sektor Awam. Sesi soal jawab antara ahli panel dan para peserta berjalan dengan lancar.

Upacara penutup disempurnakan oleh Encik Wan Mohd Rosdi bin Wan Dolah, Ketua Perunding Teknikal ICT, Pasukan Perunding ICT Sektor Awam.

Dilaporkan oleh : Noor Asyirah Abd Rahman
Seksyen ICT, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat