Satu makmal berkaitan pendaftaran aset khusus di IDFR telah dianjurkan pada 12-14 Jun 2013 oleh Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK), Kementerian Luar Negeri (KLN). Penganjuran makmal ini bertujuan memberikan pendedahan terhadap proses mengumpul dan pendaftaran maklumat aset tak alih Kerajaan, mendapatkan maklum balas berkaitan isu-isu pengurusan dan pendaftaran aset tak alih serta pemahaman terhadap penggunaan Sistem Pengurusan Aset Tak Alih atau mySPATA.
Makmal tersebut dirasmikan oleh Encik Zakri Jaafar, Setiausaha Bahagian Pembangunan KLN dan dihadiri seramai lima belas (15) orang peserta. Sepanjang bengkel tersebut, para peserta diberi penjelasan tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh setiap peringkat pengguna serta memahami ciri-ciri sistem yang terdapat dalam mySPATA merangkumi keperluan penggunaan kod yang seragam bagi pengurusan aset tak alih kerajaan di samping pengetahuan mengenai konsep, struktur kod aset tak alih, perkaitan daftar aset dan kepentingannya. Makmal tersebut dikendalikan oleh dua orang pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Encik Nazrul Izham Bisnan dan Encik Zamzuri Mohammad.
Kesemua aset khusus tersebut yang berada dalam negara perlu diselesaikan pendaftarannya menerusi mySPATA pada akhir bulan Jun 2013.
Dilaporkan oleh : Nik Muhd Hasbi Nik Daud
Seksyen Pentabiran, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat