logo ms

Rabu, 28 September 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Hari Terbuka Perpustakaan IDFR 2013

Library's Open Day

Pada 9 Oktober 2013, pihak Perpustakaan telah menganjurkan hari terbuka iaitu Hari Informasi Perpustakaan IDFR 2013, mulai jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hussin Nayan, Ketua Pengarah IDFR. 

Objektif penganjuran program ini adalah untuk merapatkan hubungan antara Perpustakaan dengan Warga IDFR, agensi luar dan juga orang awam di samping mempromosikan koleksi perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.

Pelbagai acara menarik berbentuk informatif dan interaktif diadakan diantaranya lawatan sekitar perpustakaan, pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan dan motivasi, demonstrasi pertolongan cemas, pertandingan indoor games, kuiz, jumble sale, gerai jualan buku dan cabutan bertuah.

Hari Informasi ini mendapat penyertaan daripada beberapa agensi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah, Perpustakaan Negara Malaysia, Persatuan Pustakawan Malaysia, Penerbit Emerald dan syarikat-syarikat penjual buku.

Anggaran kehadiran tetamu adalah seramai 200 orang terdiri daripada kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka, Puspanita, PBSM, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, BERNAMA, pelajar dan pensyarah dari Fakulti Pengajian Maklumat, UiTM, orang awam serta Warga IDFR.

openday-library2013 library_games library_kuiz

Dilaporkan oleh: Hajjah Kamariah Jaafar
Seksyen Perpustakaan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat

 

Cetak Emel