logo ms

Ahad, 02 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Majlis Makan Malam dan Sesi Ceramah Oleh Profesor Dr. Farish A. Noor

dinner_talk_drfarish1401


Pada 14 Februari 2014, Yayasan Pergerakan Global Kesederhanaan (GMMF) telah menganjurkan majlis makan malam dan sesi ceramah oleh Profesor Dr. Farish A Noor, Profesor Madya di S. Rajaratnam School of International Studies, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura dan Felo Kehormat Institut Dplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) bertajuk “Indonesian Election Watch: 2014 – Trends and Undecidables” di Heritage Room. Kelab Golf di-Raja Selangor.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tan Sri Razali Ismail selaku Pengerusi GMMF.

Prof. Dr. Farish Noor telah menjalankan penyelidikan dan kajian di lapangan mengenai arah aliran pilihanraya akan datang di Indonesia selama beberapa bulan. Beliau berkongsi pandangan mengenai subjek tersebut dan mengetengahkan beberapa faktor iaitu perubahan struktur proses kempen pilihanraya, orde politik baru yang berlaku di Indonesia dan pengharapan rakyatnya.

Disebabkan arah aliran baru serta gelombang perubahan politik Indonesia dan rakyatnya, beliau menekankan bahawa Malaysia perlu mengerti kerumitan Indonesia dan perlu menyusun strategi rundingan yang baru di masa akan datang.

Pihak media, wakil GMMF, ahli-ahli akademik, pegawai-pegawai dari Wisma Putra dan IDFR turut hadir pada majlis tersebut. 

Dilaporkan oleh: Syahrul Nizzam Nordin
Bahagian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan

Cetak Emel