Selasa, 10 Disember 2024

faq  contact us  feedback  Peta laman

INTAN Public Policy Ministerial Forum Series 2014: “Rasuah-Adakah Anda Masalahnya Ataupun Penyelesaiannya?”

ministerial forum1401

Pada 17 Mac 2014, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), telah menganjurkan forum bertajuk “Rasuah-Adakah Anda Masalahnya Ataupun Penyelesaiannya?”. Penceramah undangan pada forum tersebut adalah Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Program tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Pengarah INTAN diikuti ceramah oleh Senator Datuk Paul Low Seng Kuan.

Dalam ceramahnya selaku menteri yang memegang portfolio tadbir urus dan integriti, Senator Datuk Paul Low memaklumkan kepada hadirin bahawa dalam senario sekarang, kehendak rakyat terhadap peningkatan ketelusan, kebertanggungjawapan dan jaminan keadilan sosial adalah orde hari ini. Ia bukan sahaja mengenai politik dan mempunyai sistem pilihanraya yang bebas dan adil, tetapi membina sistem demokrasi yang mampan dan membawa pertumbuhan ekonomi yang menambahbaik taraf kehidupan dan kualiti hidup rakyat.

Demi mencapai objektif ini, kerajaan perlu memulakan pembaharuan secara berterusan ke arah perubahan dan mengukuhkan institusi serta kecekapan pentadbirannya untuk memberi respons bukan sahaja kepada isu-isu domestik, tetapi isu-isu antarabangsa dengan efektif.  

Menteri mengingatkan penjawat awam bahawa tanpa budaya dan sikap yang mendokong dan meningkatkan integriti dalam menggunakan autoriti dan kuasa, pengekangan rasuah adalah terbatas. Beliau menekankan bahawa “perjalanan kita ke arah integriti adalah satu perjuangan bukan di luaran tetapi dalaman kita iaitu hati dan minda”. Beliau menamatkan ceramahnya dengan bertanyakan hadirin samada mereka tergolong dalam kelompok yang akan menegakkan integriti dan memerangi rasuah serta semua orang termasuk dirinya perlu bertanya samada mereka adalah masalah ataupun penyelesaian kepada isu rasuah.  

Pegawai-pegawai dari Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) dan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan menghadiri forum tersebut.

ministerial forum1402

Dilaporkan oleh: Zanariah Abdul Malek
Bahagian Pengajian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan

fbk

twt

int

tk

yt