logo ms

Isnin, 04 November 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

  • Laman Utama
  • Berita Terkini
  • Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP): Diplomatic Training Course for International Participants 1/2014

Berita Terkini

Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP): Diplomatic Training Course for International Participants 1/2014

mtcp dtc12014

IDFR telah berjaya menganjurkan Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP): Diplomatic Training Course for International Participants 1/2014 bermula 3 hingga 21 Mac 2014. Program tiga minggu ini telah dihadiri oleh 29 diplomat dari Albania, Azerbaijan, Bangladesh, Bhutan, Bosnia Herzegovina, Brunei Darussalam, Kemboja, Congo, Mesir, Fiji, Guinea, Jordan, Kenya, Kyrgyzstan, Laos, Lesotho, Maldives, Morocco, Myanmar, Nepal, Kepulauan Solomon, Sri Lanka, Togo, Tonga Trinidad dan Tobago, Turki, Uzbekistan, Vanuatu dan Zimbabwe.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai diplomasi dan hubungan antarabangsa, untuk mendedahkan para peserta kepada pengalaman Malaysia dalam menguruskan dasar luar dan hubungan antarabangsa dan untuk menyediakan peserta dengan pengalaman dan rangkaian.

Metodologi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan termasuk taklimat, perbincangan, ceramah, dan latihan stimulasi. Secara umum, modul yang dilaksanakan termasuk Dasar Luar Malaysia, hubungan antarabangsa dan isu-isu semasa global, keselamatan serantau, kemahiran diplomatik dan bahasa. Para peserta juga didedahkan dengan lawatan sambil belajar ke Putrajaya, MATRADE dan Bank Negara. Di samping itu, para peserta juga turut didedahkan dengan pentadbiran peringkat negeri apabila mereka melawat bandar bersejarah Melaka dan Johor.

Secara keseluruhannya, peserta memberi komen positif bahawa objektif program ini telah dicapai. Mereka menyatakan bahawa mereka telah mendapat pengetahuan dan pengalaman baru sepanjang program tersebut. Antara komen positif yang diterima termasuk “jangkaan program ini telah dipenuhi, pengetahuan dan pemahaman yang lebih baik mengenai diplomasi dan hubungan antarabangsa dari pengalaman Malaysia, dan juga dapat menjalinkan jaringan dengan pegawai Malaysia dan di kalangan peserta.

Dilaporkan oleh: Awang Mohammad Putra Awang Sopeian
Bahagian Latihan

Cetak Emel