logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Kongres Kepimpinan Wanita Islam Peringkat Kebangsaan 2014

kongres01

Kongres Kepimpinan Wanita Islam Peringkat Kebangsaan 2014 anjuran Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah diadakan dengan jayanya pada 19 Mac 2014 (Rabu) bertempat di IKIM bertemakan “Kepimpinan Wanita Pemacu Transformasi Ummah”. Upacara perasmian dan ucaptama kongres ini telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir B. Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tiga kertas kerja telah dibentangkan seperti berikut:

  1. Wanita, Pemimpin atau Dipimpin oleh Che Asmah binti Ibrahim, Timbalan Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia;
  2. Wacana Kesetaraan Gender: Kekeliruan Feminis Muslim oleh Dr. Khalif Muammar A. Harris, Pensyarah  Universiti Teknologi Malaysia; dan
  3. Isu-isu Kepimpinan Wanita di Peringkat Global oleh Prof. Madya Dr. Raihanah binti Haji Abdullah, Timbalan Dekan, Pusat Penyelidikan, Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Selain pembentangan kertaskerja, turut diadakan satu forum bertajuk "Wanita dan Cabaran Sekularisme” di mana ahli panel terdiri daripada Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail, Pensyarah dari Universiti Malaya, Dato' Dr. Siti Norlasiah binti Ismail, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Dr. Asyraf Wajdi bin Datuk Haji Dusuki, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Manakala moderator forum adalah Prof. Datin Dr. Azizan binti Baharuddin, Timbalan Ketua Pengarah IKIM.

Kongres ini telah dihadiri oleh  tiga ratus orang peserta yang terdiri daripada pegawai kanan wanita dalam kementerian dan agensi kerajaan, Badan Berkanun, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam dan wakil serta mahasiswa dari universiti-universiti tempatan. IDFR telah diwakili oleh Puan Hajah Kamariah Jaafar, Timbalan Pengarah Perpustakaan.

kongres02 kongres03 kongres04 kongres05

Dilaporkan oleh: Pn. Hajah Kamariah Jaafar
Seksyen Pepustakaan

Cetak Emel