logo ms

Rabu, 30 November 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Bengkel Pengenalan Undang-undang Awam Antarabangsa

publicInLaw12014

Bengkel Pengenalan Undang-undang Awam Antarabangsa telah berjaya dilaksanakan dari 24 hingga 27 Mac 2014. Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta mengenai undang-undang awam antarabangsa yang relevan dalam bidang diplomasi, perhubungan antarabangsa, keselamatan serta perdagangan dan pelaburan antarabangsa. Antara topik-topik yang telah dibincangkan dalam bengkel ini adalah Ciri-ciri dan Skop Undang-undang Awam Antarabangsa, Undang-undang Ekonomi Antarabangsa, Undang-undang Alam Sekitar Antarabangsa, Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa, Undang-undang Laut Antarabangsa, Undang-undang Perjanjian dan Undang-undang Tanggungjawab Negeri.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 16 orang peserta dari Jabatan Perdana  Menteri (1), Kementerian Pendidikan (1), Kementerian Pertahanan (4), Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa (5), Kementerian Luar Negeri (3) dan IDFR (2).

Dilaporkan oleh: Pn. Romaiza Ab. Rahman
Bahagian Latihan

Cetak Emel