Selasa, 10 Disember 2024

faq  contact us  feedback  Peta laman

Asia-Europe Public Diplomacy Training Initiative Workshop

asea europe1502

IDFR telah menjadi tuan rumah untuk bengkel Asia-Europe Public Diplomacy Training Initiative dari 10 – 12 Mac 2015. Bengkel ini dianjurkan oleh Asia-Europe Foundation (ASEF) dan rakan kolaborasinya, Diplo Foundation dan National Centre For Research on Europe (NCRE), University of Canterbury, New Zealand. Inisiatif ini ditaja oleh Federal Department of Foreign Affairs of Switzerland dan ASEF dengan sokongan Kesatuan Eropah. Ia dihadiri oleh 28 diplomat muda dari Negara-negara Asia-Europe (ASEM) Meeting.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memantapkan usaha-usaha diplomasi awam di kalangan Negara-negara Asia dan Eropah. Fokus bengkel adalah berasaskan latihan berorientasikan kemahiran yang diformulasikan oleh para pakar, pengamal dan ahli akademik di dalam bidang diplomasi awam. Penglibatan IDFR sebagai tuan rumah bengkel ini adalah bukti sokongan terhadap Inisiatif ini dan diplomasi awam Asia-Eropah secara amnya.

Dalam tempoh tiga hari bengkel ini, pelbagai topik diketengahkan yang merangkumi: Public Diplomacy: From Malaysia’s Perspectives; Asia-Europe Relations, The role of Non-Governmental Organisations in Public Diplomacy; Introduction to Public Diplomacy; Public Diplomacy SWOT Analysis Asia in Europe and Europe in Asia; E-diplomacy; Cross Cultural Understanding and its Implications on Public Diplomacy; Working with the Media and Public Diplomacy Strategy Exercise.

Para peserta melalui proses simulasi, latih amal, aktiviti dan perbincangan berkumpulan, dan perbahasan berkenaan pelbagai isu berkaitan diplomasi awam. Ini dikendalikan oleh para penceramah dari pelbagai organisasi dari Asia dan Eropah. Bengkel ini memberi peluang kepada para peserta untuk mendalami bidang ini daripada para pengamal diplomasi awam dan diplomat yang berpengalaman berkaitan penglibatan mereka dalam memantapkan usaha-usaha diplomasi awam dikalangan Negara-negara ASEM.

Bengkel ini diakhiri oleh jamuan minum petang oleh Kementerian Luar Negeri, Malaysia (Wisma Putra). Pengarah Bahagian Latihan, Tuan Syed Bakri Syed Abd Rahman telah memberi ucapan penutup sebagai mengakhiri program ini.

asea europe1501

Dilaporkan oleh:

Farah Dibah Abu Hanipah
Bahagian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan

fbk

twt

int

tk

yt