logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

  • Laman Utama
  • Berita Terkini
  • Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) : Diplomatic Training Course For International Participants 2016

Berita Terkini

Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) : Diplomatic Training Course For International Participants 2016

MTCP main

IDFR telah menganjurkan kursus Diplomatic Training Course for International Participants 2016 pada 16 Mac hingga 1 April 2016. Kursus yang dianjurkan di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) ini dirangka untuk mendedahkan diplomat muda kepada pelbagai aspek teori, amalan serta elemen berkaitan diplomasi dan hubungan antarabangsa.

Ditubuhkan pada tahun 1980 sebagai komitmen Malaysia kepada Kerjasama Selatan-Selatan, PKTM telah menjadi sebuah platform bagi Malaysia untuk berkongsi pengalaman dalam membangunkan negara dengan rakan negara membangun yang lain. Sejak ditubuhkan, lebih 30,686 orang peserta telah dilatih di bawah pelbagai program PKTM. Kini, PKTM ditawarkan kepada 142 negara penerima dalam pelbagai bidang penting seperti diplomasi, bantuan latihan teknikal industri serta pengurusan dan pentadbiran awam.

IDFR telah berpengalaman menganjurkan program di bawah PKTM sejak tahun 1991. Kursus Diplomatic Training Course for International Participants 2016 merupakan siri pertama penganjuran kursus PKTM di IDFR pada tahun ini.

24 orang peserta dari 19 buah negara telah menjalani latihan selama 17 hari yang merangkumi pelbagai isu seperti keselamatan negara dan antarabangsa, diplomasi ekonomi, hubungan media, dan rundingan antarabangsa. Para peserta terlibat adalah dari negara-negara berikut: Azerbaijan, Brunei, Cambodia, Cook Islands, Guinea, Jordan, Kenya, Lao PDR, Mauritius, Malaysia, Nigeria, Filipina, Samoa, Seychelles, Sri Lanka, Tajikistan, Turkmenistan, Uzbekistan and Zimbabwe.

Majlis Penutup serta Penyampaian Sijil kepada para peserta telah diadakan pada 1 April 2016 di IDFR. YBhg. Datuk Salman Ahmad, Ketua Pengarah IDFR telah menyampaikan Ucapan Penutup Kursus serta menyampaikan sijil kepada para peserta. Encik Edwin Batallones dari Filipina kemudiannya menyampaikan ucapan terima kasih sebagai wakil peserta. Majlis ini turut dihadiri oleh TYT Ibrahim Sahib Ansar, Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia; Cik Fenny Nuli, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa (ICADD), Wisma Putra; serta Wakil Kedutaan negara-negara peserta.

               MTCP 2      MTCP 3


Dilaporkan oleh,
Sarah Zahirah Ruhama, PSED

Cetak Emel