logo ms

Ahad, 03 Julai 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

SPKM: Pre-Posting Orientation Course for Home-Based Staff and Spouses 1/2016

spkmseries1

Siri pertama Pre-Posting Orientation Course for Home-Based Staff and Spouses di bawah Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia di Luar Negeri (SPKM) bermula pada 7 hingga 18 Mac 2016. Program ini dihadiri oleh 31 orang pegawai gred 41 ke atas daripada pelbagai kementerian dan agensi/jabatan kerajaan, beserta 25 orang pasangan.

Kandungan kursus telah disemak semula pada Disember 2015 dan kandungan kursus yang telah ditambahbaik dilaksanakan pada tahun ini. Antara modul baru yang diperkenalkan adalah Senarai Semak Kendiri Unggul (SSKU), Management of LRS at Post, Asset Management, Expectations on The Officers Serving Abroad, dan lawatan ke Malaysia Export Exhibition Centre (MEEC), MATRADE.

Dalam kursus selama dua minggu ini, para peserta berpendapat bahawa ia telah memberi ilmu pegetahuan dalam pelbagai aspek berkaitan tugasan dan tanggungjawab apabila ditugaskan di luar negara. Para peserta amat bertuah kerana dapat berinteraksi secara lebih dekat dengan Ketua Pengarah IDFR, YBhg. Datuk Salman Ahmad, di mana beliau telah berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang mantan diplomat.

Sijil penyertaan kursus telah disampaikan oleh Puan Hajah Norani Ibrahim, Pengarah Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam, IDFR kepada para perserta pada hari terakhir kursus.

Dilaporkan oleh:
Ong Teck Leng
Pusat Pemerkasaan Kompetensi

Cetak Emel