logo ms

Rabu, 28 September 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM): Crisis Management for International Participants 2016

mtcp main1

IDFR telah menganjurkan kursus Crisis Management for International Participants 2016 pada 11 hingga 24 Mei 2016. Kursus yang dianjurkan di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta kepada pelbagai aspek, teori serta elemen berkaitan pengurusan krisis antarabangsa, serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan krisis.

Kursus Crisis Management for International Participants 2016 merupakan siri ketiga kursus PKTM yang telah dianjurkan di IDFR pada tahun ini selepas kursus Diplomatic Training Course for International Participants 2016 yang diadakan pada bulan Mac dan ASEAN 2016 Workshop for Lao PDR Officials yang dianjurkan pada bulan April.

Seramai 18 orang peserta dari 16 buah negara telah menjalani latihan selama 14 hari yang merangkumi pelbagai isu seperti keselamatan negara dan antarabangsa, isu dan cabaran kemanusiaan antarabangsa, pencegahan keganasan, krisis alam sekitar dan tenaga, diplomasi maritim, dan rundingan dalam krisis. Para peserta terlibat adalah dari negara-negara berikut: Bhutan, Cambodia, Filipina, Gambia, Guinea, Indonesia, Laos, Malawi, Malaysia, Mesir, Palestin, Seychelles, Swaziland, Turki, Uzbekistan dan Vietnam.

Majlis Penutup serta Penyampaian Sijil kepada para peserta telah diadakan pada 24 Mei 2016 di IDFR. YBhg. Datuk Salman Ahmad, Ketua Pengarah IDFR telah menyampaikan Ucapan Penutup Kursus serta menyampaikan sijil kepada para peserta. Cik Mojica Maria Kristina Bernadette Concepcion dari Filipina kemudiannya menyampaikan ucapan penghargaan mewakili peserta kursus. Majlis ini turut dihadiri oleh TYT Alpha Diallo, Duta Besar Guinea ke Malaysia; TYT Dato’ Dr. Anwar H. Al Agha, Duta Besar Palestin to Malaysia, PYT Basak Turkoglu, Duta Besar Turki ke Malaysia; Encik Beh Ching Chye, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa (ICADD), Wisma Putra; serta Wakil Kedutaan negara-negara peserta.

   mtcp 1  mtcp main  mtcp 3

mtcp 4

Dilaporkan oleh,
Sarah Zahirah Ruhama, PSED

Cetak Emel