logo ms

Ahad, 02 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

SPKM: Pre-Posting Orientation Course for Home-Based Staff and Spouses 1/2017

spkm 1 2017

Penjawat awam yang profesional dan cekap amat penting bagi memastikan keberkesanan perkhidmatan awam di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara. Atas sebab ini, IDFR telah menganjurkan SPKM: Pre-Posting Orientation Course for Home-Based Staff and Spouses 1/2017 dari 13 hingga 22 Februari 2017. Kursus ini dikhaskan untuk pegawai gred 41 dan ke atas bagi meningkatkan dan mengembangkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa.

Kursus ini telah dihadiri oleh 56 peserta yang terdiri daripada para pegawai kerajaan dan pasangan mereka. Para pegawai dari tujuh Kementerian dan agensi/jabatan kerajaan iaitu Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Jabatan Perdana Menteri, Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Amanah Rakyat dan Jabatan Imigresen Malaysia telah menghadiri kursus ini.

Kursus ini mendedahkan para peserta kepada perkara-perkara berkaitan tugasan penjawat awam di Perwakilan Malaysia. Antara modul yang diperkenalkan ialah Dasar Luar Malaysia; Kesedaran Silang Budaya; Etiket Sosial; Pentadbiran, Keselamatan dan Hal-hal Konsular di Perwakilan Malaysia. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada isu keselamatan negara serta kepentingan etika dan integriti dalam mengukuhkan akauntabiliti penjawat awam di Perwakilan Malaysia.

Sepanjang lapan hari berkursus, IDFR percaya para peserta bersedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan cekap kelak. 

Cik Hafizah Abdullah, Pengarah Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam telah menyampaikan ucapan penutup dan sijil penyertaan kepada para peserta pada hari terakhir kursus. 

 

Dilaporkan Oleh:
Cik Siti Farsha Murni Izami
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Cetak Emel