logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Bengkel “Effective Writing for Research Officers and Trainers – Quantitative Analysis”

WQA main

Pusat Pemerkasaan Kompetensi telah menganjurkan bengkel Effective Writing for Research Officer and Trainers – Quantitative Analysis pada 16 Mei 2017 yang lalu. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran menulis penyelidikan kuantitatif di kalangan pegawai penyelidik IDFR, selaras dengan Pelan Strategik IDFR iaitu untuk menghasilkan lebih banyak kertas penyelidikan.

Para peserta telah berpeluang untuk mendengar dan berbincang secara interaktif dengan Dr. Guido Benny. Dr. Benny, seorang doktor falsafah dalam bidang Analisis Strategik dan Keselamatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, UKM, yang mengkhusus dalam bidang hal ehwal ASEAN, Indonesia, Regionalisme, Keselamatan Tenaga, Kepimpinan dalam Hubungan Antarabangsa, Amerika Latin dan Eropah. Beliau juga adalah salah sorang pensyarah bagi program Sarjana Sains Sosial (Strategi dan Diplomasi). Beliau telah menerbitkan tujuh buah buku dalam bidang penyelidikan kuantitatif dan beberapa artikel dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia, termasuk 24 artikel yang diiktiraf oleh Institute for Scientific Information (ISI), Scopus dan Peer Reviewed Journals, termasuk 28 kertas kerja dan prosiding.

Dalam sesi ceramah beliau Dr. Benny telah menyatakan bahawa kaedah penyelidikan kuantitatif adalah berdasarkan aspek eksperimen dan pemerhatian. Beliau juga menjelaskan tentang bagaimana untuk menentukan reka bentuk kuantitatif dan analisis, kaedah kuantitatif dalam menganalisis data, jenis soalan kajian, kajian literatur, pembolehubah dalam penyelidikan dan cara-cara untuk membangunkan rangka kerja analisis dan rangka kerja teori dalam kertas penyelidikan. Beliau turut berkongsi pengalaman beliau dalam menjalankan penyelidikan berkaitan ASEAN dan isu-isu berkaitan organisasi tersebut.

                                               WQA 1   WQA 2

Disediakan oleh:
Cik Wan Hazwani Wan Hamedi
Pusat Pemerkasaan Kompetensi

Cetak Emel