logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

SPKM: Kursus Orientasi Pra-Penempatan Pegawai dan Pasangan 4/2018

SPKM42018

Siri keempat Kursus Orientasi Pra-Penempatan Pegawai dan Pasangan di bawah Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia telah dianjurkan pada 24 hingga 28 September 2018 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR). Kursus pada kali ini dianjurkan untuk para pegawai Gred 38 dan ke bawah dan bertujuan meningkatkan kemahiran diplomatik dan pengetahuan para peserta mengenai aspek hubungan antarabangsa serta memberikan pendedahan mendalam tentang perkara-perkara berkaitan skop kerja di Perwakilan Malaysia di Luar Negara.

Kursus SPKM siri 4/2018 ini telah disertai oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada para pegawai dari empat Kementerian/Agensi Kerajaan iaitu Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia dan Majlis Agama Islam Melaka, bersama pasangan mereka.

Sepanjang lima hari kursus tersebut, para peserta telah diberikan pendedahan dengan pelbagai modul seperti Malaysia’s Foreign Policy; Cross Cultural Awareness; Enhancing Personal Security; Financial Management; Auditing Matters; Administrative and Security Matters at Mission; Protocol Matters Related to Foreign Service, serta Consular Work at Mission. Mereka juga telah didedahkan dengan cara-cara penampilan diri dan etiket sosial dan juga etika dan integriti dalam meningkatkan keupayaan mereka semasa berkhidmat di luar negara kelak.

IDFR percaya melalui kursus ini, para peserta dapat bersedia sepenuhnya dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab di Perwakilan Malaysia di Luar Negara. Encik Aiyub Omar, Ketua Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD) telah menyampaikan amanatnya dan menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada para peserta pada hari terakhir kursus.

SPKM420181  SPKM20182

Disediakan oleh:
Muhammad Shafiy Mazlan
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Cetak Emel