Selasa, 10 Disember 2024

faq  contact us  feedback  Peta laman

Diploma in Diplomacy 2019: Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Seranta di Kuching, Sarawak

DiDCSR2019

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Seranta Diploma in Diplomacy (DiD) 2019 telah diadakan di Kuching, Sarawak dari 31 Mac hingga 5 April 2019. Program tersebut melibatkan 21 orang pegawai dari Kementerian Luar Negeri (KLN) yang sedang mengikuti kursus DiD di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Kuala Lumpur.

Objektif utama program adalah untuk mempromosikan dan meningkatkan pengetahuan masyarakat umum mengenai peranan dan bidang tanggungjawab KLN dalam mempertahankan kepentingan negara di peringkat antarabangsa. Selain itu, program ini juga merupakan salah satu mekanisme latihan yang dilaksanakan oleh IDFR untuk memberi pendedahan kepada para diplomat muda berkenaan kesukaran yang dihadapi oleh khalayak ramai serta cabaran-cabaran KLN dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang memenuhi harapan rakyat.

Bagi mencapai matlamat program ini, beberapa aktiviti telah dianjurkan seperti Outreach Programme and Engagement Session with Villagers of Kampung Teluk Melano, Outreach Programme and Engagement Session with the International Studies Students of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Adopt a Borneo Orangutan at Semenggoh Wildlife Centre. Di samping itu, peserta-peserta DiD telah berpeluang untuk berinteraksi dengan pegawai-pegawai di Pejabat Setiausaha Negeri Sarawak, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Pejabat Daerah Lundu serta Pejabat Naib Canselor UNIMAS.

Semasa aktiviti-aktiviti tersebut, para peserta DiD 2019 telah berkongsi tentang peranan dan tanggungjawab KLN, perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kementerian kepada orang ramai, isu-isu konsular yang sering dialami oleh rakyat Malaysia semasa di luar negara, sumbangan Malaysia kepada masyarakat antarabangsa serta pelbagai isu lain yang berkaitan seperti larangan terhadap penggunaan minyak sawit, penebangan hutan dan ancaman terhadap hidupan liar seperti orang utan Borneo.

Menerusi program ini juga, IDFR telah bekerjasama dengan Pusat Hidupan Liar Semenggoh selaku pusat pemulihan orang utan yang pertama di Sarawak, untuk mempromosi inisiatif-inisiatif yang diusahakan oleh pusat tersebut. Satu video promosi telah dihasilkan dan boleh diakses melalui ruangan media sosial KLN dan IDFR.

DiDCSR20191

Disediakan oleh:
Ariffin Gadait Jr
Pengarah Projek
Diploma in Diplomacy 2019: Program CSR dan Seranta di Sarawak

Nur Azureen Mohd Pista
Timbalan Pengarah Projek
Diploma in Diplomacy 2019: Program CSR dan Seranta di Sarawak

fbk

twt

int

tk

yt