logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Kursus Kepimpinan untuk Diplomat Peringkat Pertengahan 2019

LEADERSHIP191

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD), IDFR telah menganjurkan kursus Kepimpinan untuk Diplomat Peringkat Pertengahan (Mid-Level Diplomats), pada 18 hingga 20 Jun 2019. Kursus ini telah dirangka khusus untuk para pegawai diplomatik di peringkat pertengahan dari gred perkhidmatan 44 hingga 52 untuk memantapkan kemahiran kepimpinan, pentadbiran dan pengurusan organisasi. Kursus ini telah dihadiri oleh 14 orang peserta dari Kementerian Luar Negeri, di peringkat Ketua Penolong Setiausaha. Encik Shukri Ibrahim dari Shukri Consultancy telah dijemput bagi menjayakan kursus tersebut.

Kursus ini bermatlamat untuk mempersiap siagakan para peserta dengan urusan dan hal ehwal berkaitan peranan dan tanggungjawab dalam menguruskan kakitangan dan seliaan mereka ketika bertugas di Perwakilan Malaysia di luar negeri. Kursus ini juga bertujuan untuk mengenalpasti potensi kepimpinan yang ada pada setiap peserta, untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mereka terhadap pelbagai konsep, teori dan gaya kepimpinan, serta menambahbaik kepimpinan ketika mewakili Malaysia di persada antarabangsa. Ia juga sebagai persediaan dalam mengendalikan pengurusan organisasi dengan keyakinan yang tinggi dan sahsiah diri yang cemerlang.

Sepanjang tempoh tiga hari kursus berlangsung, IDFR percaya bahawa setiap pegawai telah dilengkapkan dengan segala aspek pengetahuan dan persediaan yang sewajarnya untuk ditugaskan memimpin  Perwakilan Malaysia di luar negeri. Encik Aiyub Omar, Pengarah LNPD telah menyampaikan ucapan penutup serta menyerahkan sijil penyertaan kepada para peserta semasa upacara penutup pada hari terakhir kursus.

LEADERSHIP192 LEADERSHIP193 LEADERSHIP194

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)  

Cetak Emel