logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Reflecting the Past: The Rio Earth Summit 1992… Stories behind the Scenes

LNPDTACIT4

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD), IDFR dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Luar Negeri telah menganjurkan program bertajuk Reflecting the Past: The Rio Earth Summit 1992… the Stories behind the Scenes pada 21 Februari 2020, di Auditorium WP1, Wisma Putra.

Penceramah jemputan ialah YBhg. Dato’ Ting Wen Lian, mantan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Fiji dan mantan Duta Besar ke Itali, serta Perwakilan Tetap Malaysia ke United Nations’ Environmental Program (UNEP) dan United Nations’ Food and Agriculture Organization (FAO) di Rome, Itali. Beliau pernah berkhidmat sebagai diplomat selama 27 tahun di Wisma Putra, serta pernah berkhidmat di Washington, Amerika Syarikat; Paris, Perancis; serta di Tunisia dan Algeria. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Cik Haznah Md Hashim, Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Persekitaran Pelbagai Hala (MEED), Wisma Putra.

Dato’ Ting telah berkongsi pengalaman beliau berkenaan isu-isu persekitaran dan makanan antarabangsa. Selaku wakil kepada Kerajaan Malaysia, beliau telah menyuarakan komitmen dan kesediaaaj ke Sidang Kemuncak Bumi di Rio pada tahun 1992, yang telah membahaskan isu-isu seperti kekurangan bekalan air; penggunaan bahan toksik dan berkimia; serta mencari alternatif kepada sumber tenaga bagi menggantikan penggunaan bahan api fosil yang mempunyai hubungan dengan perubahan iklim antarabangsa.

Nama asal kepada Sidang Kemuncak Bumi di Rio tahun 1992 ialah United Nations’ Conference on Environment and Development (UNCED) dan ianya telah dimulakan dengan empat mesyuarat persediaan pada tahun 1989. Dato’ Ting membandingkan isu alam sekitar di negara kita pada hari ini dan 27 tahun yang lalu, iaitu isu masyarakat Penan di Sarawak dan isu penanaman kelapa sawit; walaupun dua isu yang berbeza tetapi tetap mempunyai persamaan. Beliau juga menegaskan bahawa isu kedaulatan negara kita adalah yang paling utama, di mana beliau mempersoalkan tentang negara-negara maju yang terlibat dengan isu-isu alam sekitar, bahkan mereka yang sepatutnya mengurangkan pencemaran dan penebangan hutan, tetapi mereka pula yang hendak mencipta segala peraturan dan perundangan mengenai alam sekitar yang akan melibatkan seluruh masyarakat antarabangsa termasuk Malaysia.

Sesi ini juga telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Rahimi Harun, Timbalan Ketua Setiausaha Khidmat Pengurusan, Kementerian Luar Negeri, dan juga YBhg. Dato’ Mohd Zamruni Khalid, Ketua Pengarah IDFR. Mereka turut terlibat dalam mengajukan soalan semasa sesi Soal Jawab kepada YBhg. Dato’ Ting Wen Lian.

LNPDTACIT3LNPDTACIT1LNPDTACIT2

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Cetak Emel