logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

SPKM: Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan 2/2021

SPKM22021 2

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD), IDFR telah menganjurkan siri kedua SPKM: Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai Dalam Negeri dan Pasangan pada 22 hingga 26 Mac 2021. Kursus persediaan ini dianjurkan khas untuk para pegawai Gred 38 dan ke bawah berserta pasangan mereka, bagi menambahbaik kemahiran mereka dalam aspek hal ehwal diplomatik, pentadbiran dan etika sosial. Kursus ini juga dianjurkan khusus bagi meningkatkan pengetahuan para peserta terhadap amalan diplomasi antarabangsa semasa, agar dapat diadaptasikan sewaktu bertugas di Perwakilan Malaysia di luar negara kelak.

Kursus ini telah dihadiri oleh 61 orang peserta yang terdiri daripada 32 pegawai dan 29 pasangan. Para pegawai daripada sembilan kementerian dan agensi/jabatan kerajaan iaitu Jabatan Perdana Menteri, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah serta Kementerian Luar Negeri telah menghadiri kursus ini.

Antara modul yang telah dijalankan adalah sesi ceramah bertajuk Malaysia’s Foreign Policy; Cross Cultural Awareness; Protocol and Consular Works at Mission; Auditing and Finance Matters; serta General Administrative and Asset Management at Mission. Para peserta juga berpeluang untuk turut serta dalam sesi Fine Dining, Reception and Official Entertaining di Hotel Dorsett Kuala Lumpur, yang dikendalikan oleh Encik Sophian Ab Rahman dari Istana Negara.

IDFR percaya bahawa para peserta telah bersedia dari segala aspek kemahiran dan pengetahuan untuk ditugaskan di Perwakilan Malaysia di luar negara. Encik Hamizan Hashim, Pengarah LNPD, telah menyampaikan ucapan dan sijil penyertaan kepada para peserta pada hari terakhir kursus.

SPKM22021 1 SPKM22021 3 SPKM22021 4

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Cetak Emel