logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

MTCP: Kursus Diplomasi Ekonomi untuk Peserta Antarabangsa 2021

MTCPED20211

IDFR telah mengadakan kursus MTCP: Economic Diplomacy Course for International Participants 2021 pada 31 Mei hingga 2 Jun 2021 secara dalam talian. Kursus ini telah dihadiri oleh 20 orang pegawai kerajaan dari Ghana, Iran, Kenya, Kiribati, Morocco, Oman, Samoa, Timor Leste, dan Turkmenistan yang merupakan negara-negara ahli MTCP. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Norli Muadza Mohd Noor, Pengarah Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi (PSED).

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan para peserta mengenai perancangan dan dasar ekonomi, perundingan, perdagangan dan pelaburan, serta memberi pendedahan mengenai usaha-usaha Malaysia dalam membangunkan negara ke arah pertumbuhan ekonomi, pemerintahan dan pembangunan sosial melalui kuliah dan perbincangan. Kursus dalam talian ini berorientasikan latihan, dan bertujuan untuk mengembangkan kapasiti dan pengetahuan para peserta mengenai konsep dan kemahiran yang diperlukan dalam Diplomasi Ekonomi untuk melakukan perundingan pelbagai hala.

Bengkel ini merangkumi pelbagai topik berkaitan seperti Introduction to Economic Diplomacy, Strategic Thinking to ROI, WTO & Foreign Trade, Post-COVID Economic Recovery, Economic Diplomacy; Malaysia’s Experience, Malaysia’s Foreign Policy, Malaysia’s International Trade Policy & FTA, dan International Negotiations. Beberapa penceramah yang terkenal dalam bidang diplomasi ekonomi seperti Prof Dr. Sufian Jusoh, Dato’ Muhammad Noor Yaacob dan Dato’ Abdul Majid Khan telah menyampaikan ceramah dan berkongsi pengalaman mereka berkaitan topik-topik tersebut. Perkongsian daripada para penceramah ini amat berguna kepada para peserta dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam perancangan ekonomi dan perumusan dasar negara.

Berdasarkan maklum balas peserta, program ini telah memberi manfaat kepada mereka dan berharap dapat mengekalkan dan meluaskan rangkaian sosial mereka yang telah terjalin melalui kursus dalam talian ini.

MTCPED20213 MTCPED20215 MTCPED20215

Disediakan oleh:
Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi (PSED)

Cetak Emel