Ahad, 16 Mac 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Sesi Perkongsian bersama Diplomat: Things to Know Before You Go Abroad

TNB4

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD) dengan kerjasama People Development Centre, Group Human Resource, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menganjurkan satu sesi interaktif bertajuk A Sharing Session with Diplomats: Things to Know Before You Go Abroad pada 22 Jun 2021 secara atas talian melalui aplikasi CISCO Webex.

Seramai 15 orang peserta dari pihak pengurusan dan pegawai kanan TNB yang akan ditugaskan ke luar negara seperti ke Arab Saudi, Pakistan dan Turki terlibat di dalam sesi ini. YM Raja Saifful Ridzuan Raja Kamaruddin, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan, Kementerian Luar Negeri dan Encik Hamizan Hashim, Pengarah LNPD telah berkongsi pengalaman dalam sesi pembentangan mereka.

YM Raja Saifful Ridzuwan telah membentangkan tentang Overview of Malaysia Foreign Policy yang menyentuh aspirasi negara kepada masyarakat antarabangsa, pendekatan dan kepentingan terhadap negara-negara jiran ASEAN serta hubungan yang lebih besar dengan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan China, serta pengalaman kerjasama di dalam urusan ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Encik Hamizan pula berkongsi pengalaman peribadi beliau dengan para peserta secara interaktif mengenai tugasan di luar negara serta persediaan, tanggapan dan cabaran yang bakal ditempuhi oleh mereka.

TNB4 TNB2

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

fbk

twt

int

tk

yt