logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

MTCP: Diplomatic Training Course for International Participants 2021

1

IDFR telah berjaya melaksanakan kursus MTCP: Diplomatic Training Course for International Participants 2021 secara dalam talian dari 28 Jun hingga 2 Julai 2021. Kursus ini telah dihadiri oleh 17 orang pegawai diplomat dari negara-negara ahli MTCP iaitu Bahrain, Bangladesh, Brunei Darussalam, Cuba, Kenya, Kiribati, Kyrgyz, Madagascar, Maldives, Sri Lanka, Suriname dan Timor-Leste.

Kursus yang diadakan selama lima hari ini telah mendedahkan para peserta terhadap bidang diplomasi yang merangkumi pelbagai topik yang relevan seperti Dasar Luar Malaysia; Diplomasi Awam Malaysia; Diplomasi Ekonomi; Amalan Diplomasi Dua-Hala & Pelbagai Hala Malaysia; Pengurusan Krisis; Kepimpinan dan Pengurusan Strategik; Hubungan Media & Kemahiran Mengendalikan Media; Amalan Diplomasi dan Protokol; Perundingan Antarabangsa; Personaliti dan Etika Diplomatik; dan Perancangan Senario Masa Depan dalam Diplomasi. Modul-modul kursus menekankan kepada kepentingan diplomasi sebagai satu elemen yang penting dan boleh dipraktikkan secara menyeluruh oleh peserta kursus ini.

Bagi menjayakan program ini, IDFR telah menjemput para penceramah seperti Encik Nazarudin Ja’afar, Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan, Kementerian Luar Negeri; Encik Mohammed Hosnie Shahiran Ismail, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam, Kementerian Luar Negeri; Prof. Dr. Sufian Jusoh, Pengarah, Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS-UKM); Encik Wan Aznainizam Yusri, Setiausaha Bahagian Amerika, Kementerian Luar Negeri; Encik Jamal Sharifuddin Johan, Setiausaha Bahagian Politik Pelbagai Hala, Kementerian Luar Negeri; Major (B) Mohd Ridzuan Hj. M. Shariff daripada Cyber-Security Malaysia; Encik Aznir Abdul Malek, Bekas Pengarah, Tenaga Nasional Berhad; Encik Mohd Suhaimi Ahmad Tajuddin, Timbalan Ketua Pengarah, Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia, Kementerian Luar Negeri; Encik Nizal Mohamad daripada Smart Knowledge Consultant; Dato’ Aminahtun Hj. A. Karim, Bekas Duta Besar; Dato’ Muhammad Noor Yaacob, Bekas Duta Besar & Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO); dan Encik Shaharudin Abd. Ghani, Pengasas & Pengarah, ACOVA Consultancy. Maklumat yang disampaikan telah memberi manfaat kepada para peserta terutama sekali bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia diplomatik.

Walaupun kursus ini telah diadakan secara dalam talian, para peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan terlibat secara aktif. Maklum balas yang diberikan oleh para penceramah dan peserta adalah positif dan sudah pastinya, mereka telah memanfaatkan program ini secara menyeluruh dan komprehensif. IDFR juga mengharapkan hubungan kerjasama yang terjalin ini akan kekal berterusan.

2 DTC4 3

Disediakan oleh:
Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi (PSED)

 

Cetak Emel