logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Kursus Perundingan untuk Pegawai Muda 2021

NEGOJR2021A

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD), IDFR, telah berjaya menganjurkan Kursus Perundingan untuk Pegawai Muda bagi tahun 2021. Kursus ini telah diadakan dari 9 hingga 12 Ogos 2021 secara dalam talian. Kursus ini dianjurkan khas untuk para diplomat serta pegawai kerajaan Malaysia merangkumi Gred 41 hingga 44 yang terlibat dengan perundingan secara rasmi dan tidak rasmi bersama wakil kerajaan serta bukan kerajaan, dalam dan luar negara.

Seramai 45 peserta yang telah menghadiri kursus ini adalah terdiri daripada para pegawai daripada pelbagai kementerian, jabatan, dan agensi kerajaan Malaysia. Mereka merupakan warga Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, dan Majlis Amanah Rakyat.

Kursus ini telah direka khas untuk meningkatkan kefahaman peserta berkenaan prinsip asas perundingan dalam apa jua persekitaran, mengukuhkan pengetahuan berkaitan perundingan, meningkatkan keupayaan menyelesaikan konflik, mewujudkan nilai di tempat kerja serta memberi para peserta pengalaman terkini berkenaan strategi, proses, peralatan dan taktik perundingan sebagai persiapan untuk menjadi perunding yang berjaya. Para peserta didedahkan dengan modul seperti Understanding Negotiation; Knowing What You Want and Preparing to Get It; Mapping Your Opposition; Knowing the Marketplace; Setting and Enforcing Limits, dan Negotiation Canvas. Para peserta juga telah berpeluang untuk terlibat secara aktif bersama pakar dalam bidang perundingan dalam sesi Sharing of Experience in Negotiations, Breakout Sessions, dan Group Presentation and Reflection.

Pada hari terakhir kursus, Pengarah LNPD, Encik Hamizan Hashim melalui ucapan penutup telah mengucapkan tahniah kepada semua peserta atas komitmen mereka dalam menamatkan kursus ini serta mengucapkan yang terbaik dalam usaha mereka di masa hadapan.

NEGOJR2021B NEGOJR2021C NEGOJR2021D

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Cetak Emel