logo ms

Selasa, 10 September 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Media and Malaysia Foreign Policy Course: Synergy in the Global Frontier

mpi5

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomacy Awam (LNPD), IDFR, dengan kerjasama Institut Akhbar Malaysia (MPI) telah berjaya menganjurkan Media and Malaysia Foreign Policy Course: Synergy in the Global Frontier. Kursus ini telah diadakan secara dalam talian pada 12 dan 13 Ogos 2021. Seramai 18 peserta yang telah mengikuti kursus ini adalah dalam kalangan pengamal media dari NST, Al Hijrah, BERNAMA, Suara Sarawak, New Sarawak Tribune dan Astro Awani, ahli-ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan juga pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Kursus dua hari ini telah direka khas untuk memberikan pendedahan berkenaan dasar dan isu luar negeri terutamanya kepada pengamal media tempatan dalam penyediaan pelaporan berkaitan hal-ehwal semasa berkaitan hal hal antarabangsa dan diplomasi. Para peserta didedahkan dengan modul seperti Pengenalan Dasar Luar Malaysia; Hubungan ASEAN-Malaysia: Isu Kontemporari; Hubungan Dua Hala: Isu dan Cabaran; Hubungan Pelbagai Hala: Isu dan Cabaran; Isu Maritim di Malaysia; Islamofobia; dan Hal-Hal Konsular. Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh para pegawai dari Kementerian Luar Negeri seperti Encik Nazarudin Ja'afar dari Jabatan Perancangan dan Penyelarasan Dasar; Encik Mohd Suhaimi Ahmad Tajuddin dari Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia (AMNS); Datuk Mohd. Khalid Abbasi Ab Razak Khan Abbasi dari Jabatan Hal Ehwal Dua Hala; Puan Murni Abdul Hamid dari Bahagian Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan; Encik Shahrudin Onn dari Jabatan Hal Ehwal Maritim; Cik Farlina Said dari ISIS Malaysia; dan Encik Saravana Kumar dari Bahagian Konsular.

Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Pengerusi Institut Akhbar Malaysia (MPI); Datuk Dr. Chamil Wariya yang juga telah turut serta sepanjang kursus ini. Semasa majlis penutupan, Ketua Pengarah IDFR, Dato’ Mohd Zamruni Khalid menyampaikan penghargaan beliau kepada Pengerusi MPI atas kerjasama IDFR-MPI ini serta mengucapkan terima kasih kepada semua peserta atas komitmen mereka sepanjang kursus ini.

mpi1 mpi3 mpi4

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Cetak Emel