logo ms

Ahad, 02 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

SPKM: Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan 5/2021

 SPKM 5 2021 1

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD), IDFR telah berjaya menganjurkan kursus SPKM siri kelima bagi tahun 2021. Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan 5/2021 ini telah diadakan pada 25 Oktober sehingga 3 November 2021 secara atas talian. Kursus ini dianjurkan khas untuk pegawai-pegawai Gred 41 dan ke atas bersama pasangan, dengan tumpuan diberikan untuk meningkatkan kemahiran diplomatik, pentadbiran dan etika sosial para peserta, supaya lebih memahami amalan diplomasi antarabangsa yang dapat memudahkan urusan penempatan mereka kelak. Seramai 101 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 56 pegawai bersama 45 pasangan daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Mereka merupakan warga Jabatan Perdana Menteri, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Luar Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Hal Ehwal Agama, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, dan Yayasan Islam Kelantan.

SPKM merupakan satu kursus khas untuk membimbing para peserta dalam urusan pentadbiran dan pengurusan yang berkaitan dengan jawatan dan fungsi mereka di Perwakilan Malaysia di luar negara. Para peserta didedahkan dengan modul seperti Overview Malaysia’s Foreign Policy; Working as One; Grooming and Social Etiquette; Introduction to SPKM and Preparation for Postings; Benefits and Incentives; Inspectorate Matters; Management of Locally Recruited Staff (LRS) at Post; Protocol Matters Related to Foreign Service; Role of Spouses at Mission; Fine Dining, Reception and Official Entertaining; Enhancing Personal Security; Media Skills; Cross Cultural Awareness; Consular Work at Mission; Promoting Palm Oil Industry; Asset Management, Administrative and Security Matters at Mission; Malaysia Public Diplomacy, SPLN Accounting System; Auditing Matters; Financial Management; Promoting Malaysia as The Preferred Trade, Investment and Tourist Destination; dan Integrity at Work.

Terdapat juga sesi Enhancing Personal Security, Counter Terrorism 101 dan Counter Espionage yang telah disampaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia, Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), dan Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri.

Berikutan Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 oleh kerajaan Malaysia, kursus lapan hari ini telah dijalankan sepenuhnya melalui Google Meet. Walau bagaimanapun, setiap sesi kekal interaktif di mana para penceramah dan para peserta berinteraksi antara satu sama lain melalui sesi ceramah, perbincangan dan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sepanjang kursus berlangsung. Pihak urus setia juga telah menyediakan beberapa platform yang membolehkan para peserta berkomunikasi dan mengajukan hal-hal berkaitan kursus serta mempunyai akses terhadap dokumen-dokumen untuk rujukan mereka selanjutnya.

Secara amnya, IDFR telah membantu para pegawai dalam persediaan untuk bertugas di Perwakilan Malaysia di luar negara. Sesi Penutup telah diadakan pada hari terakhir kursus di mana Ketua Penolong Pengarah LNPD, Puan Norlela Samad, menyampaikan ucapan beliau kepada para peserta bagi pihak Pengarah LNPD.

 SPKM 5 2021 2 SPKM 5 2021 4 SPKM 5 2021 3
 

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Cetak Emel