SPKM: Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan 1/2022
Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah menganjurkan kursus SPKM siri pertama bagi tahun 2022. Kursus SPKM: Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan 1/2022 ini telah diadakan pada 17-27 Januari 2022 secara atas talian melalui pautan Google Meet. Kursus ini dianjurkan khas untuk pegawai-pegawai Gred 41 dan ke atas bersama pasangan bagi mencapai matlamat meluaskan kemahiran dalam hal ehwal diplomatik, pentadbiran, dan etika sosial serta menyemai kemahiran mereka dalam memahami amalan diplomasi antarabangsa yang dapat memudahkan urusan penempatan mereka di luar negara kelak.
Seramai 62 peserta telah menghadiri kursus ini bersama 39 pasangan dari pelbagai kementerian, agensi, dan jabatan. Pegawai yang terlibat adalah daripada Kementerian Luar Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pengajian Tinggi, Tourism Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Kursus ini telah membantu pegawai-pegawai sebagai persediaan untuk ditempatkan di Perwakilan Malaysia di luar negeri. Upacara penutup telah diadakan pada hari terakhir kursus di mana Puan Norlela Samad, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD), IDFR menyampaikan ucapan penutup beliau kepada para peserta.
Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)