logo ms

Selasa, 10 September 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Kursus Kepimpinan untuk Pegawai Muda 2022

 Leadership2022 1

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD), IDFR telah menganjurkan Kursus Kepimpinan untuk Pegawai Muda 2022 yang berlangsung dari 17 hingga 19 Mei 2022. Kursus ini direka khusus untuk pegawai kerajaan Malaysia Gred 41 hingga 44 dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang kepemimpinan.

Tiga puluh pegawai dari pelbagai kementerian, jabatan, dan agensi di Malaysia, antaranya Jabatan Perdana Menteri, Majlis Amanah Rakyat, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Jabatan Audit Negara Malaysia, Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pengangkutan, dan Lembaga Industri Kayu Malaysia, telah menghadiri kursus tiga hari ini.

Kursus ini diadakan bagi membantu peserta membina kemahiran penting dalam aspek kepemimpinan dan menambah baik potensi kepimpinan peserta. Di samping itu, kursus ini dapat membantu menambah baik kebolehan kepimpinan sedia ada dan membolehkan mereka memberi impak yang berkesan kepada organisasi masing-masing. Peserta juga dilengkapkan dengan teknik-teknik dan kemahiran yang membolehkan mereka menjadi pemimpin yang efektif.

Sewaktu ucapan penutup, Encik Hamizan Hashim, Pengarah Pusat LNPD berharap agar peserta dapat menerapkan inti pati kursus ini ke dalam tugasan mereka sebagai pemimpin di tempat kerja masing-masing. Kursus ini diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada semua peserta yang terlibat.

Leadership2022 2 Leadership2022 3i Leadership2022 4

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Cetak Emel