Khamis, 12 Disember 2024

faq  contact us  feedback  Peta laman

MTCP: Kursus Latihan Diplomatik untuk Peserta Antarabangsa 2022

MTCP DTC 4

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah berjaya menganjurkan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) yang pertama pada tahun ini, iaitu Diplomatic Training Course for International Participants dari 23 hingga 27 Mei 2022. Kursus selama lima hari yang diadakan melalui platform Google Meet tersebut bertujuan untuk melatih pegawai diplomatik dari negara penerima MTCP dalam mendalami dasar luar Malaysia serta meningkatkan kemahiran dan kecekapan diplomatik dalam pengendalian amalan diplomasi dan hubungan luar negeri. Kursus itu dihadiri oleh 25 diplomat dari Algeria, Brunei Darussalam, Kenya, Kyrgyzstan, Laos, Madagascar, Filipina, Papua New Guinea, Samoa, Trinidad dan Tobago, Turkmenistan, Vietnam, Zambia dan Zimbabwe.

Antara modul yang dipelajari adalah Malaysia’s Foreign Policy; Malaysia’s Bilateral and Multilateral Diplomacy Practices; Malaysia and ASEAN; Crisis Management; Economic Diplomacy and Its Practices; Strategic Leadership and Management for Officers; Integrity in the Government Service; Media Relations and Media Skills; International Negotiations; Futurist Thinking; Protocol Practices and Diplomatic Etiquette dan Ambassador Sharing Session. Kesemua modul tersebut dirangka untuk melengkapkan pegawai diplomatik yang sedang berkhidmat dengan pengetahuan teori dan praktikal dalam bidang diplomasi dan kaedah baharu untuk amalan diplomatik yang berkesan dan efektif.

IDFR berterima kasih atas kehadiran dan masa yang diluangkan oleh para penceramah dalam berkongsi pengetahuan dan pengalaman berharga bersama para peserta. Antara penceramah yang terlibat adalah Dato’ Dr Shazelina Zainul Abidin, Ketua Pengarah IDFR; Dato’ Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak, Setiausaha Bahagian Eropah (Jabatan Hal Ehwal Dua Hala, Kementerian Luar Negeri); Encik Jamal Sharifuddin Johan, Setiausaha Bahagian Politik Pelbagai Hala (Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala, Kementerian Luar Negeri); Encik Mohd Suhaimi Ahmad Tajuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia, Kementerian Luar Negeri); Puan Nurhana Muhammad Ikmal, Pengarah (Jabatan Perancangan dan Penyelarasan Dasar, Kementerian Luar Negeri); Mejar Mohd Ridzuan Hj. M. Shariff, Ketua Penyelidikan Strategik (Jabatan Penasihat, Keselamatan Siber Malaysia); Prof. Dr. Sufian Jusoh, Pengarah dan Profesor Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan (Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa); Encik Aznir Abdul Malek, Bekas Pengarah Kualiti (Tenaga Nasional Berhad); Encik Fison Hamdi bin Ahmad, Ketua Perunding (Institut Integriti Malaysia); Encik Nizal Mohammad; Cik Shanta Nagendram (SkillFokus Consultancy Sdn Bhd); Prof. Madya Dr Raja Kumar Murugesan, Ketua Penyelidikan (Fakulti Inovasi dan Teknologi, Universiti Taylor) dan Encik Sophian Ab Rahman, Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela (Bahagian Protokol, Istana Negara).

Walaupun kursus masih diadakan secara dalam talian pada tahun ini, semua peserta tetap memberikan penglibatan penuh sepanjang sesi berlangsung. Maklum balas positif telah diterima walaupun para peserta berharap kursus ini dapat dijalankan secara fizikal. IDFR sentiasa komited untuk menambah baik mekanismenya dalam memastikan kecekapan penyampaian kursus.

MTCP DTC 1 MTCP DTC 1 MTCP DTC 1

Disediakan oleh:
Cik Hanun Insyirah Ishak dan Cik Aida Yasmin Azhar
Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi (PSED)

fbk

twt

int

tk

yt