logo ms

Jumaat, 12 Ogos 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

SPKM: Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan 3/2022

spkm32022 6

Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan (SPKM) siri ketiga bagi tahun ini telah berlangsung dengan penyertaan pegawai gred 41 dan ke atas dari pelbagai kementerian dan agensi. Kursus selama lapan hari yang dilaksanakan secara atas talian ini, memperlihatkan interaksi dinamik antara peserta dan penceramah melalui sesi pembentangan dan perkongsian pengalaman, di mana ianya telah mengalakkan pemikiran ke arah kerjasama berpasukan di kalangan peserta yang pastinya akan memberi kesan penting sewaktu bertugas di luar negara.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan kepada sesi intensif bersama pakar di dalam bidang diplomasi dan penceramah yang pernah bertugas di Perwakilan Malaysia di luar negara, diikuti sesi soal jawab yang memberi pencerahan penting bagi melancarkan perjalanan mereka dalam arena diplomasi. Momentum kursus telah dikekalkan hingga ke hujung kursus dengan sesi ucapan dan perkongsian pengalaman eksklusif bersama Ketua Pengarah IDFR, Dato’ Dr Shazelina Zainul Abidin, justeru meningkatkan semangat para peserta untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Dalam ucapan penutup beliau, Puan Norlela Samad, Ketua Penolong Pengarah Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam mengucapkan tahniah kepada semua peserta di atas penglibatan aktif sepanjang kursus berlangsung. Di samping itu, beliau juga berharap agar ilmu dan pengalaman yang telah dikongsikan sepanjang kursus ini dapat memudahkan perjalanan dan cabaran yang bakal dihadapi semasa penempatan mereka di luar negara kelak.

spkm32022 3 spkm32022 3 spkm32022 3

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Cetak Emel