logo ms

Isnin, 27 Mei 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

SPKM: Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan 5/2022

SPKM52022 1

Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan (SPKM) siri ke-5/2022 telah berlangsung dari 1 hingga 10 Ogos 2022 dengan penyertaan oleh pegawai-pegawai gred 41 ke atas daripada pelbagai kementerian dan agensi.

Kursus ini menyaksikan interaksi antara peserta dan penceramah yang aktif melalui perbentangan dan perkongsian pengalaman yang meliputi pelbagai perkara berkaitan diplomasi sebagai persediaan penting kepada para peserta sebelum berkhidmat di luar negara. Sepanjang tempoh kursus, para peserta didedahkan kepada pelbagai kemahiran meliputi perkara pentadbiran dan pengurusan, kewangan, protokol, konsular dan juga etika diplomasi dan hal ehwal negara. Peserta turut diingatkan betapa pentingnya integriti dalam menjalankan amanah dan pekerjaan mereka. Ketua Pengarah IDFR, Dato’ Dr Shazelina Zainul Abidin telah menaikkan semangat peserta dalam sesi ceramah dan perkongsian pengalaman yang penuh inspirasi, membuatkan peserta lebih bermotivasi dan teruja untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Dalam ucapan penutup beliau, Encik Hamizan Hashim, Pengarah Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam, IDFR mengucapkan tahniah kepada peserta di atas komitmen dan penglibatan aktif mereka. Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada semua penceramah di atas perkongsian pandangan dan pengalaman yang pastinya sangat berharga kepada semua peserta. Beliau mengakhiri ucapan dengan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta dalam menempuh cabaran semasa bertugas di luar negara kelak.

SPKM52022 2 SPKM52022 2 SPKM52022 2

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Cetak Emel